Followers

Monday, October 26, 2009

Asrama Terbuka Sempena 1 Malaysia ^^

Kebelakangan ini letih rasanya. Mungkin jadual aktiviti harian penuh dengan penyiapan tugasan dan aktiviti maktab. Pada hari Jumaat lepas, 23.10.2009, IPGMKTAR telah mengadakan aktiviti asrama terbuka sempena dengan sambutan 1 Malaysia. Kalau tahun lepas bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri (Ramah-tamah Aidilfitri), tahun ini ikatan antara kami semua dieratkan lagi dengan sambutan 1 Malaysia. Seronok juga melawat bilik kawan-kawan dan melihat pelbagai ragam dan karenah. Saya pula, beberapa jam sebelum asrama terbuka tu, baru nak sapu bilik dan kemas-kemas sikit yang patut dikemas. Sementara pakaian yang baru habis dicuci pula, saya sidai di luar je, masih basah. Takkan nak simpan dalam bilik pula,kan?

Semasa melawat asrama lelaki tu, memang menyeronokkan juga, terutama semasa melawat bilik rakan sekelas di blok B. Ada orang tu, Jai namanya (classmate) dia tak nak buka bilik, tapi disebabkan tipu muslihat si Hafriz yang licik, bilik dia berjaya dibuka. Apa lagi, kami orang perempuan menyerbu ke bilik dia. Luculah juga, kerana dia menjadi agak agresif apabila kami seorang satu 'passing' 'bantal bucuk' dia. Comel, sebab dah tua pun masih ada bantal busuk. Macam budak-budak je. Hehe.. Tak sangka juga, lelaki yang nampak macho macam dia tu rupa-rupanya masih menyimpan bantal busuk. (",)

Sementara di asrama perempuan pula, apabila giliran lelaki menyerbu, mulalah kedengaran jeritan. Biasalah,perempuan kan. Saya sendiri pun terjerit apabila ada kawan lelaki yang berniat nak buka almari dan laci meja(Aboy & Azmi lah tuu). Nasib baik saya telah buat langkah berjaga-jaga dengan mengunci kedua-dua almari dan laci beberapa jam sebelumnya. Kelalaian saya (kunci ada di atas meja) pun tidak disedari. Yang menariknya, ketika melawat bilik Cecey dan Lala, mereka menyediakan lemang! Lama tak makan lemang. Nyam nyam nyam... Encik Muhaimi dan Puan Safiah pun ada masuk bilik kami. Dan membanggakan apabila mereka menyatakan bilik kami (dan bilik-bilik di paras 4) lebih bersih. Hoho..

Berakhirnya asrama terbuka, sukaneka pula mendatang. Saya telah mengambil acara dalam mengisi air dalam botol. Secara berkumpulan.. Dan dengan jayanya, kumpulan kami memenangi acara itu. Sekurang-kurangnyaada juga hadiah nanti. Sebenarnya saya menharapkan hadiahnya ialah duit (sebab tengah kesuntukan wang sekarang), tapi apa-apa jelah,sebab saya memang seronok juga kerana telah mengambil bahagian. Satu saja acara yang saya ambil, dan saya bernasib baik jugalah sebab menang.=p

Malamnya, jamuan.. Jamuan hujung tahun bagi pelajar asrama. Sedap, memang sedap makanannya. Saya nak tambah lagi makanan, tapi disebabkan kami makan agak lewat malam tu (pukul 9 lebih kot), jadi saya makan ala kadar jelah. Takut sakit perut pula. Maklumlah saya ni memang mudah diserang sakit perut. Kumpulan kami yang menang acara mengisi air dalam botol dapat hamper, saya yang naik pentas ambil. Ops! Tapi sekarang ni hamper belum dibuka lagi, saya masih belum dapat menghubungi 2 orang kakak KPLI yang sama kumpulan dengan saya hari tu. Yang abang Deakin pula, mereka suruh kami ambil je. Mereka tak perlukan bahagian mereka. Dalam hati saya kata, "Bagslah." manalah tahu,kakak KPLI tu pun suruh sy ambil je. Hehe..Harap-haraplah.

Lama dah saya tak masukkan buah fikiran saya kat blog saya ni. Ingin diluahkan perasaan di sini, macam tak sesuai pula. Lalu, tulis cerita lain sajalah. Walaupun sekaran ni fikiran tengah bercelaru, mood pula kurang stabil. Adalah sebabnya. Saya takkan berubah mood tanpa sebab. Harap-harap saya dapat selesaikan masalah saya ni. Bak kata sahabat rahsia saya, 'biarlah masa saja yang menentukan'. Salam 1 Malaysia dan selamat malam!

Blog Terbaik!!!^__^