Followers

Saturday, March 7, 2015

Apabila Cik Herma Belajar Memasak

Salam..

Baru hari ini dapat bernafas dengan tenang. Sepertinya ikan yang baru sahaja masuk ke kawasan air bersih. Hehe.. Namun begitu, pagi tadi masih sempat nenganjurkan Program Pelancaran NILAM, memandangkan saya merupakan Guru Perpustakaan dan Media.

Bekerja di kawasan pedalaman memang banyak hikmahnya. Walaupun banyak cabaran dan dugaannya, banyak hikmahnya. Banyak kebaikan yang kita dapat.

Salah satunya, saya belajar memasak! Jujur saya katakan, kalau di rumah memang jarang sekali memasak. Anak manja katakan.. Hehe.. Tapi di sini, dengan bahan dan bekalan yang agak terhad, saya belajar untuk memperuntukkan bahan dan bekalan.

Di sini juga saya belajar untuk memasak ikan sungai. Apabila belajar memasak, mulalah saya rajin melawat blog yang menyediakan resipi masakan. Haha!

Apapun, setiap perkara atau kejadian pasti ada hikmahnya. Saya bersyukur..^^

Selamat berehat pada hujung minggu..:)

._.

Blog Terbaik!!!^__^