Hari ini memang best! (Tak termasuk semasa menjalani rawatan foot reflexology la).. Saya dan birthday girl jalan-jalan ke pasar Batu Kawah MJC. Kami meneroka MJC dengan rakusnya sebelum menjalani urutan kaki pada pukul 12.30 tengah hari. Di bawah ni merupakan senarai aktiviti kami sepanjang hari ini :-
0900 	- Bertolak dari IPG Kampus TAR
		- Singgah bersarapan di Warong 2000 (Makan roti canai)
1000	- Bertolak ke MJC
1030	- Mencari pusat urut (cari yang ok lah sikit, yang boleh dipercayai)
		- Temu janji pada 1230
		- Jalan-jalan meneroka MJC
1300	- Terus ke pusat urut (rawatan foot reflexology) Serius, memang seksa! Saya ingatkan 
		   urutan tersebut sangat selesa, rupa-rupanya sangat seksa! Maklumlah pertama kali. 		   Beberapa kali mengerang macam kucing nak beranak! Adoiiiii...
1430	- Selesai urutan, berehat sekejap. Kaki masih lemah-lemah.
1500	- Menjamu selera di Singapore Chicken Rice. Harganya berpatutanlah.. =)
1600	- Balik kampung.. Oooo balik kampung... Jumpa mak dan si madang yang comel.>_<
1700	- Balik MJC, si Birthday Girl singgah solat.
1730	- Window shopping di BDC (kami sempat berurut guna mesin urut di BDC. 
		   (RM1=3 minit.)
2000	- Balik ke Desa Ilmu Samarahan, makan malam.
2130	- Balik semula ke IPG Kampus TAR
12 jam berjalan-jalan! Memang hebat dan rasanya telah pecah rekod. Tapi memang bestlah keluar jalan-jalan dengan Kak Eppa! Makaseh sayang.. Hihi.. Happy Birthday sekali lagi.. Mana hadiah untuk saya? Hik7.. 
._.
dear herma,thanks a lot 4 da best jalan2 sbtu ya.best tau..lain kali kita jln2 lg..hehe.sayang kitak..=)
ReplyDeleteSayang ngan kitak juak my dear sis.. ^_^
ReplyDelete