Followers

Thursday, September 6, 2012

Jujur! Saya Pernah Pukul Kucing...=(

Suka shopping online tak? Klik saya..^_^

Selamat pagi dan salam sejahtera...^__^v

Saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia. Hari ini hari Khamis, esok hari Jumaat dan saya balik kampung esok! Yay!!! Terbayang-bayang wajah Topo yang semakin comel dan gemuk tu. Wajah Topang yang hitam tapi hensem tu. 

Topang dah kurus dah sekarang, maklumlah dah menjadi kucing dewasa. Dia dah jarang berada di rumah. Kami di rumah selalu berkata, Topang sekarang dah pandai keluar berfoya-foya. Haha! Kita yang memelihara kucing ni tau-tau jelah ya, apa yang dimaksudkan dengan keluar berfoya-foya ni. Hehe..=p

Semua dah sedia maklum, saya sayang kucing.Tapi, sejujurnya saya pernah pukul kucing. Jahat kan saya.... Saya harap kucing tu memaafkan saya.. Rasa sebak pula, sebab kucing tersebut sudah tiada lagi di dunia ini...=(

Ceritanya begini.. Saya baru habis Tingkatan 5 kalau tak silap. Dah namanya menganggur, duduk di rumah sajalah. Kalau duduk di rumah, bukannya free ye.. Saya disuruh mengemas rumah, memasak, memberi ayam dan itik makan (masa tu kami menternak itik dengan banyaknya, sekarang dah tiada lagi) dan sebagainya.

Entah kenapa, petang tu saya amat malas. Malas nak keluar dari bilik. Mak panggil dari dapur suruh mengemas rumah. Saya malas sangat. Dia suruh menyapu masa tu. Saya rasa sangatlah malas, saya keluar dari bilik dalam keadaan terpaksa dan pergi ke dapur untuk mengambil penyapu. Kebetulan si kucing jantan (Momot namanya) ada di dapur. Tahu apa saya buat?

Saya pukul bahagian kepala dia.. Masa tu dia nak bermanja dengan saya.. Sedihnya... Masa tu memang saya agak tertekan kerana terpaksa. Jahat kan saya ni...=(

Malamnya, mood saya dah okey dah. Saya bagi Momot makan, kemudian saya minta maaf dari dia dan saya peluk dia. Saya sayang sangat pada dia.. "Momot, saya minta maaf.." Dia diam je.. Mungkin dia memahami perasaan saya..

Sayang, umur Momot tak panjang.. Beberapa bulan selepas itu, dia diserang oleh kucing jantan liar. Bahagian pinggangnya berlubang dan berulat, akhirnya dia meninggal dunia.. Semasa dia sakit tu, saya dah berusaha sedaya-upaya untuk mengubati dia. Sapu ubat gamat, keluarkan bisul dan ulat yang ada dalam lubang pinggang dia tu.. Nak bawa ke klinik, saya tak mampu...

Momot, maafkan saya ya.. Saya rindukan kamu...=(

Sekarang ni, walaupun saya tertekan ataupun marah, saya takkan pukul kucing untuk melepaskan perasaan. Merotan mereka, ada lah, tapi saya nak mendidik. Kucing ni kadang-kadang naik atas meja. Nakal betul! Ingat ya, jangan pukul haiwan peliharaan hanya kerana kita marah.


._. 

10 comments:

  1. hehe pukul kucing masih leh diterima, ya ada org bunuh kucing , buang kucing kat pasar , sedih bah nangga kucing dipolah kedak ya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi pukul kucing sama seperti deranya juak...
      lebih-lebih lagi mun pukul bertujuan untuk lepaskan rasa marah..
      kmk nanga kucing di pasar gemuk jak, cukup makan..
      hehe... Topo ya kucing pungut dari pasar la..=p

      Delete
  2. Salam Aidilfitri..

    Tak baik pukul kucing tu..setakat jentik telinga n tegur tu pun dah cukup memadai untuk mengajar atau menegur kucing supaya ianya tidak mengulanginya lagi...ahaks.. :-)

    ReplyDelete
  3. hehe..sofia memang tak blh dekat ngan kucing..sofia n adik2 semua fobia kucing..

    regards,
    Unsmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dengan sepupu saya..
      dia pun takut kucing juga..=p

      Delete
  4. kmk pun pernah maluk pusak kmk... huhuhuhu
    tp x la sampay tahap mendera...
    pukul ya pun sbg pengajaran jak...
    dah nya nang degil... dah di larang nait meja... tetap juak naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aoklah..
      pusak tok kadang2 x bersyukur..
      diberinya makan, tp msh juak nait meja...
      huhu..

      Delete
    2. Sedih baca cerita Herma dgn kucing ni.
      Kalau saya ada kuasa
      Saya akan wujudkan rumah kucing bagi setiap
      pekan
      Semua kucing jalanan akan hidup terbela
      Undilah saya, parti cap kucing

      Delete
    3. parti cap kucing??
      saya yakin pasti menang punya..
      banyak pencinta kucing di sini..
      hihihi..

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^