Selamat pagi!!!^__^
Pernah nampak atau makan buah dabai??
| **Lebih sedap jika dimakan beramai-ramai. Terima kasih roommate!!!>_< |
Inilah dia buah dabai.. Tapi buah ni tiada di Bau, kalau ada pun bukan untuk dijual. Sebab tak banyak. Buah ni banyak didapati di kawasan Sibu, Sarikei dan Kapit.
Kalau kita pergi ke pasar malam Satok atau mana-mana pasar malam di Kuching, tauke akan kata "Dabai ni datangnya dari Sibu/ Sarikei/ Kapit."
Tak pernah makan? Dabai ni, kita rendam seketika dalam air panas yang baru lepas mendidih dan campur sedikit garam. Makan begitu sahaja. Tak pun, gaul dengan kicap. Nyam nyam nyam...
Ada juga orang yang jemur dan makan begitu sahaja. Tapi saya tak pernah makan begitu. Kalau nak tahu, biji dabai ni boleh dipecahkan dan dimakan isinya. Tapi tak pernah rasa juga.=p
Sedap tau.. Buah ini merupakan salah satu buah yang saya sangat suka makan! Antara yang lain ialah buah mangga, peach, err... Apa lagi oo? Betik kot.. Banyak lagi sebenarnya.. Haha..
Sekian, selamat bekerja/ belajar/ beristirahat!^_^
._.
Tweet