Hai, selamat pagi dan selamat hari Jumaat...^___^
Pukul 7 tadi saya masak air dan mahu menyediakan sarapan pagi. Ambil tupperware berisi susu tepung dan buka tudung tupperware tersebut. Susu tepung tinggal sikit saja lagi! Saya cedok dan masukkan susu tersebut dalam gelas. Cuma satu sudu saja!!!=(
Tak cukup tau! Sedangkan bayi pun dah bersudu-sudu.. Selalunya saya minum susu dengan 3 sudu... Pagi ini satu sudu saja... Sedihhh... Beginilah kehidupan di asrama.. Kadang-kadang sarapan pagi pun tak sempurna. Yang lebih teruk lagi, ada yang hanya minum air kosong. Saya tak dapat, sakit perut nanti...
Apapun, sarapan itu penting. Kalau nak diet pun, wajib-wajibkanlah diri minum sarapan pagi ya.. Penting tu.. Sebagai permulaan hari kita.. Bak kata pepatah,
"Breakfast like a king, lunch like a king, dine like a pauper"
# Nasib baik la ada madu. Boleh campurkan dalam air susu. Manis~
._.
Tweet
._.