Pasal blog ni, lama dah tak buka, sebelum ni memang saya pernah cuba buka, tapi kena blok. Tak taulah pula kenapa tiba-tiba malam ni boleh buka blog. Kebetulan pula masa di kelas tadi, saya bagitau pensyarah PSS3105, Encik Mazlan, yang blog kena block. Maklumlah keja kusus audit hijau tu, kami kena buat blog lagi. Tapi kalo dah dapat ni, lagilah bagus..^_^
Minggu lepas, 20 Februari 2010, hari jadi ke-22 rakan sekelas saya, iaitu Cecey (nama sebenar tidak boleh didedahkan). Kebetulan hari tu juga kami mengadakan BIG kat Sk Tanjong Apong, Asajaya. Rasanya lah.. Saya selalu keliru, Fiza (bukan nama sebenar juga)sama ada dia dari Asajaya ataupun Sadong Jaya. Maklumlah ada 2 orang budak dari kelas saya, asal dari tempat tu.. SK Tanjong Apong tu, mak Fiza sebagai Guru Besar. Agak senanglah, kami pilih Fiza sebagai ketua kami, untuk memudahkan proses komunikasi. Nasib baiklah semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya memandangkan sebelum itu, kami berhadapan dengan konflik kewangan. Kesemua rancangan kami menjadi, dan kami menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk cecey kat sekolah tu. Happy Birthday Cey..^^_^
BIG kali ini memang seronok jugalah. Saya rasa agak terharu juga, kerana guru-guru di situ memang menyambut kami dengan tangan terbuka, dan mereka juga peramah. Begitu juga dengan pelajar-pelajar di situ, cerdik sekali. Dan saya tertarik melihat kesungguhan mereka menjalani segala aktiviti yang telah kami rancang untuk mereka. Emak Fiza pula, walaupun mukanya nampak serius, tapi bak kata orang, don't judge the book by it's cover. Beliau memiliki sifat-sifat kecindan, sama je macam anaknya. Hoho..
Agak awal juga kami balik, kan aktiviti kami semuanya berjalan dengan lancar.. Walaupun sudah beberapa hari aktiviti BIG tu berlalu, saya rasa macam semalam je kami pergi ke sekolah itu. Dalam perjalanan pulang, group kami (sebab kami guna kenderaan sendiri atas sebab-sebab tertentu) sesat jalanlah pula. Maklumlah nak cari jalan yang lebih adventure. hehe.. Letih sangat,tapi menyeronokkan.=)
Guru di SK TG Apong ^_^
Kumpulan Kambing. Mbekkk...
Proud to be a teacher =)
Sesi memperkenalkan diri. Saya tak kelihatanlah..T_T
Sapa kata bakal guru tak pandai berposing?
Empat sama dengan ketupat.
Kumpulan kami menyelitkan aktiviti bermain buih. ^^
Saya dan Rachel..>_<
Birthday gurl. Sweet 22.. Hehe
Saya sempat bergambar dengan anak guru di situ. Petah pula mereka bercakap!^_^
Bergambar kenangan. Saya yang pendek kat belakang tu.. Masamnya muka orang tu.. Hehe
Cenderamata dari pihak sekolah. Terima kasih ... ^_^
Fiza dan bapa angkat kami.. =) Tweet