Followers

Wednesday, July 22, 2009

Second Anniversary SMP1109 Social Science (16 July 2009)

Kami buat dinner kat Dewan Suarah Kuching, pada 18 Julai 2009, sempena menyambut ulang tahun kedua kami masuk maktab. hehehe... Kami turut menjemput tutor kami yang sporting, iaitu Encik John Brodi. Memang best! Pengalaman yang saya takkan lupa sampai bila2..Tetapi makanannya tak seperti yang saya bayangkan. Sebenarnya saya harap ada udang masak butter tu...tp xda...huhuhu.. Overall, bestlah!!^^





Aku and rumate aku...

Rumate ku kuar shopping hari ni. Jelesnya...Huhuhu.... Dia balik, beli pula kamera digital...nang kacak habis! Warna purple pula tu...Cis!! Ada juga dia beli cermin mata, saya pula ambik kesempatan try. Hehehehe...



Yang warna purple tu hadiah birthday dari rumate saya... Saya letak kat handphone... Cun2 warna kegemaran saya. Hihihi.... Rumate, I love u!=p

Aku 'merajinkan' diri...

Hari ni, agak boring juga, sebab xda kelas, cuma kelas En.Mazlan je.. Belajar lagi Geografi yang telah saya tinggalkan selepas beberapa tahun. Semasa tingkatan 3 dulu pun, result PMR bagi subjek Geo.x seberapa. Dapat gred B je..huhuhu... X sangka pula masuk maktab ni, ambik lagi subjek tersebut. Ok lah juga, x susah sangat.

Pagi, xda kelas. Saya mengambil kesempatan untuk pergi ke Pejabat pos untuk membayar bil telefon. Sekejap je.. kat pejabat pos tu, abang angkat saya, abg Wan panggil saya supaya ke luar sekejap. Nak tunjuk benda yang menarik katanya... Rupa-rupanya dia nak tunjukkan kucing dan anak2nya kat luar pejabat pos. Comel.....>< onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIyguvilYiFkvOoIheoplDqBrKhY5Er5nBEFWwAWoNPvf6YlJdl3fZDT5Lg0xGWD4JenlV22S3rJ9B4EFVQZiODROiCQkXMll3NZQP9EKlfSDpeTpy9x_7tp_L_zvAS8yHN-710IvLI41g/s1600-h/22072009327.jpg">
Time kat kelas tadi, group kami ada buat pembentangan. Saya malas pula nak bangun, xtau nak cakap apa,lagipun masih batuk2 lagi. hehehehe... (bnyk alasan!) Apa-apapun, saya masukkan gambar geng2 yang buat pembentangan tu lah, sebagai tanda penghargaan. hehe..
Yang pakai topeng tu, Aboi namanya. Dia tu pelik sikit. Hohoho... Tapi dia baiklah... ops, musim H1N1, mestilah pakai topeng muka.... Paling kiri tu, nama glamernya Lily, Lala, Aboi, Cecey dan Fairol. Tadi mereka bentang pasal cabang2 dalam Geografi serta kemahiran2 dalam Geo. Hmmm....


Insaf..

Hari ini saya dapat tahu yang datuk classmate saya (Paul) meninggal semalam kerana sudah tua. Kesian juga Paul..Abg Wan kata dia menangis semalam.. lagipun, rasanya baru semalam saya menatap gambar datuk Paul tu.. Pastu, saya juga baru tau yang bapa abg Penyu (kawan kepada Jaja, saya panggil dia abg Penyu kerana muka dia macam muka penyu, terutama mulut dia.) juga meninggal semalam. Jaja yang beritahu saya..Terkejut juga saya. Hari Isnin yang lepas pun, bapa kawan saya dari kelas PM meninggal dunia.. Takziah kepada mereka... Saya turut bersimpati...

Tuesday, July 21, 2009

H1N1 semakin menular!!!

Bila terfikir tentang wabak Influenza A H1N1 ni, buat saya rasa risau, takut dan kadang-kala cemas, kerana saya sekarang ni pun sedang mengalami batuk-batuk. Baru minggu lepas saya mengalami demam, dan telahpun mendapatkan rawatan di klinik. Tapi taklah dijangkiti virus tu... Minta-minta dijauhkanlah.. Selepas melayari internet dan mendapatkan beberapa maklumat berkenaan wabak tersebut, saya ingin sertakan maklumat-maklumat tersebut sebagai nota saya sendiri. haha.. Boleh juga dijadikan panduan sekiranya ada sebarang kemusykilan.

Virus Influenza A (H1N1) ni adalah sama dengan selesema bermusim yang biasa. Ianya boleh merebak apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin ataupun bercakap. Virus tersebut juga boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh permukaan yang telah dicemari dan
kemudian menyentuh hidung atau mulutnya.

Jangkitan virus yang teruk ini juga boleh mengakibatkan radang paru-paru yang teruk serta kegagalan pernafasan sehingga boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda dan gejala Influenza H1N1 pada manusia adalah termasuklah :
  • Demam panas (melebihi 38 darjah Celcius)
  • Hidung berair
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Batuk
  • Keletihan
  • Sakit-sakit badan
Ada juga sesetengah kes yang mengalami cirit-birit dan muntah.

Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:

Jika anda batuk atau bersin:

• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.


Lindungi diri anda di tempat berisiko tinggi seperti di tempat awam.

Rujukan :

1.http://docs.google.com/gview?a=v&q=cache%3AFGt8NQk19zMJ%3Awww.crisis.gov.sg%2FNR%2Frdonlyres%2F1A57AB39-73EF-4553-9C72-A5E46F6D2466%2F23976%2FInfluenzaApamphletMalay11May09.pdf+gejala+h1n1&hl=en&gl=my2. 2.http://www.sepaku.net/blogs/teknosains/672-wabak-influenza-h1n1-selsema-****-apa-yg-perlu-anda-tahu.html


Blog Terbaik!!!^__^