Followers

Monday, December 21, 2009

Oh Tidak!!! Pencuci Muka Juga...???

Tengah belek-belek blog kegemaran saya tadi (Beautiful Nara), saya terjumpa artikel yang mampu membuatkan hati saya tak tenang. Berkenaan pencuci muka yang boleh menyebabkan kanser. Untuk jangka masa yang panjang la.. Tak taulah sahih ke,tidak, tapi saya ni merupakan pengguna setia pada satu produk kecantikan yang boleh tahan ke'popular'annya.. Nak buang, sayang pula,sebab kandungannya masih banyak. Tunggu habis nanti baru saya buang dan takkan guna lagi. Hehe.. Semaklah senarai produk yang saya 'copy n paste' dari blog kegemaran saya tu (tapi kebelakangan ini blog tu asyik kena block, maklumlah sy guna wireles saja,xda broadband) Mana tau kan, anda juga pengguna produk yang tersenarai di bawah ini :








14 Tips Memiliki Mental Yang Baik

Dalam pencarian untuk mengisi masa lapang tadi, saya terjumpa tips yang memang baik untuk kesihatan mental dan fizikal. Penulis tips tu, jangan marah ya,sy publish di sini. Hihi.. Peace!!

1. Luahkan /kongsi masalah dengan orang lain (Saya selalu juga luahkan masalah saya kepada my 'matahari')

2. Luaskan pergaulan (Rasanya saya ni ok lah dalam pergaulan, cuma agak pekak. Haha)

3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama (Reunion minggu lepas dengan ex-classmates masa form 5 pun saya tak pergi. Minta maaf kawan-kawan!!)

4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab (Kelab Ping Pong. Hehe)

5. Membaca.Penuhi waktu sebaik-baiknya. (Sy suka baca komik Dik Cerdas-Shin Chan)

6. Berkongsi hobi atau kegemaran dengan keluarga, sanak saudara,jiran dan kawan (Hobi kami sekeluarga - Tidur siang)

7. Jaga kesihatan diri (Biar panas ataupun hujan, saya tetap berpayung!)

8. Bersenam selalu (Tekan tubi sebelum mandi,terutamanya awal pagi! Bak kata orang tu la....)

9. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang banyak. (Saya selalunya minum air yang banyak cuma apabila saya menderita ulser di mulut. Huhu)

10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.Eratkan ikatan kekeluargaan. (Menonton tv, shopping, duduk makan semeja)

11. Bersiar-siar, menonton wayang,makan di luar (Dengan sahabat karib, dan orang tu..=p)

12. pastikan diri sentiasa ceria/gembira (Senyum sorang2 teringatkan peristiwa lucu)

13. Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa (Kewangan, gosip2)

14. Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek (perubahan berat badan. Aduh!!! Berat badan naik 2kg bulan ini!!)

Menatap Matamu (Aril AF7) ^_^

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Note : Lagu untuk si dia..>_<

Monday, October 26, 2009

Asrama Terbuka Sempena 1 Malaysia ^^

Kebelakangan ini letih rasanya. Mungkin jadual aktiviti harian penuh dengan penyiapan tugasan dan aktiviti maktab. Pada hari Jumaat lepas, 23.10.2009, IPGMKTAR telah mengadakan aktiviti asrama terbuka sempena dengan sambutan 1 Malaysia. Kalau tahun lepas bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri (Ramah-tamah Aidilfitri), tahun ini ikatan antara kami semua dieratkan lagi dengan sambutan 1 Malaysia. Seronok juga melawat bilik kawan-kawan dan melihat pelbagai ragam dan karenah. Saya pula, beberapa jam sebelum asrama terbuka tu, baru nak sapu bilik dan kemas-kemas sikit yang patut dikemas. Sementara pakaian yang baru habis dicuci pula, saya sidai di luar je, masih basah. Takkan nak simpan dalam bilik pula,kan?

Semasa melawat asrama lelaki tu, memang menyeronokkan juga, terutama semasa melawat bilik rakan sekelas di blok B. Ada orang tu, Jai namanya (classmate) dia tak nak buka bilik, tapi disebabkan tipu muslihat si Hafriz yang licik, bilik dia berjaya dibuka. Apa lagi, kami orang perempuan menyerbu ke bilik dia. Luculah juga, kerana dia menjadi agak agresif apabila kami seorang satu 'passing' 'bantal bucuk' dia. Comel, sebab dah tua pun masih ada bantal busuk. Macam budak-budak je. Hehe.. Tak sangka juga, lelaki yang nampak macho macam dia tu rupa-rupanya masih menyimpan bantal busuk. (",)

Sementara di asrama perempuan pula, apabila giliran lelaki menyerbu, mulalah kedengaran jeritan. Biasalah,perempuan kan. Saya sendiri pun terjerit apabila ada kawan lelaki yang berniat nak buka almari dan laci meja(Aboy & Azmi lah tuu). Nasib baik saya telah buat langkah berjaga-jaga dengan mengunci kedua-dua almari dan laci beberapa jam sebelumnya. Kelalaian saya (kunci ada di atas meja) pun tidak disedari. Yang menariknya, ketika melawat bilik Cecey dan Lala, mereka menyediakan lemang! Lama tak makan lemang. Nyam nyam nyam... Encik Muhaimi dan Puan Safiah pun ada masuk bilik kami. Dan membanggakan apabila mereka menyatakan bilik kami (dan bilik-bilik di paras 4) lebih bersih. Hoho..

Berakhirnya asrama terbuka, sukaneka pula mendatang. Saya telah mengambil acara dalam mengisi air dalam botol. Secara berkumpulan.. Dan dengan jayanya, kumpulan kami memenangi acara itu. Sekurang-kurangnyaada juga hadiah nanti. Sebenarnya saya menharapkan hadiahnya ialah duit (sebab tengah kesuntukan wang sekarang), tapi apa-apa jelah,sebab saya memang seronok juga kerana telah mengambil bahagian. Satu saja acara yang saya ambil, dan saya bernasib baik jugalah sebab menang.=p

Malamnya, jamuan.. Jamuan hujung tahun bagi pelajar asrama. Sedap, memang sedap makanannya. Saya nak tambah lagi makanan, tapi disebabkan kami makan agak lewat malam tu (pukul 9 lebih kot), jadi saya makan ala kadar jelah. Takut sakit perut pula. Maklumlah saya ni memang mudah diserang sakit perut. Kumpulan kami yang menang acara mengisi air dalam botol dapat hamper, saya yang naik pentas ambil. Ops! Tapi sekarang ni hamper belum dibuka lagi, saya masih belum dapat menghubungi 2 orang kakak KPLI yang sama kumpulan dengan saya hari tu. Yang abang Deakin pula, mereka suruh kami ambil je. Mereka tak perlukan bahagian mereka. Dalam hati saya kata, "Bagslah." manalah tahu,kakak KPLI tu pun suruh sy ambil je. Hehe..Harap-haraplah.

Lama dah saya tak masukkan buah fikiran saya kat blog saya ni. Ingin diluahkan perasaan di sini, macam tak sesuai pula. Lalu, tulis cerita lain sajalah. Walaupun sekaran ni fikiran tengah bercelaru, mood pula kurang stabil. Adalah sebabnya. Saya takkan berubah mood tanpa sebab. Harap-harap saya dapat selesaikan masalah saya ni. Bak kata sahabat rahsia saya, 'biarlah masa saja yang menentukan'. Salam 1 Malaysia dan selamat malam!

Asrama Terbuka Sempena 1 Malaysia ^^

Kebelakangan ini letih rasanya. Mungkin jadual aktiviti harian penuh dengan penyiapan tugasan dan aktiviti maktab. Pada hari Jumaat lepas, 23.10.2009, IPGMKTAR telah mengadakan aktiviti asrama terbuka sempena dengan sambutan 1 Malaysia. Kalau tahun lepas bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri (Ramah-tamah Aidilfitri), tahun ini ikatan antara kami semua dieratkan lagi dengan sambutan 1 Malaysia. Seronok juga melawat bilik kawan-kawan dan melihat pelbagai ragam dan karenah. Saya pula, beberapa jam sebelum asrama terbuka tu, baru nak sapu bilik dan kemas-kemas sikit yang patut dikemas. Sementara pakaian yang baru habis dicuci pula, saya sidai di luar je, masih basah. Takkan nak simpan dalam bilik pula,kan?

Semasa melawat asrama lelaki tu, memang menyeronokkan juga, terutama semasa melawat bilik rakan sekelas di blok B. Ada orang tu, Jai namanya (classmate) dia tak nak buka bilik, tapi disebabkan tipu muslihat si Hafriz yang licik, bilik dia berjaya dibuka. Apa lagi, kami orang perempuan menyerbu ke bilik dia. Luculah juga, kerana dia menjadi agak agresif apabila kami seorang satu 'passing' 'bantal bucuk' dia. Comel, sebab dah tua pun masih ada bantal busuk. Macam budak-budak je. Hehe.. Tak sangka juga, lelaki yang nampak macho macam dia tu rupa-rupanya masih menyimpan bantal busuk. (",)

Sementara di asrama perempuan pula, apabila giliran lelaki menyerbu, mulalah kedengaran jeritan. Biasalah,perempuan kan. Saya sendiri pun terjerit apabila ada kawan lelaki yang berniat nak buka almari dan laci meja(Aboy & Azmi lah tuu). Nasib baik saya telah buat langkah berjaga-jaga dengan mengunci kedua-dua almari dan laci beberapa jam sebelumnya. Kelalaian saya (kunci ada di atas meja) pun tidak disedari. Yang menariknya, ketika melawat bilik Cecey dan Lala, mereka menyediakan lemang! Lama tak makan lemang. Nyam nyam nyam... Encik Muhaimi dan Puan Safiah pun ada masuk bilik kami. Dan membanggakan apabila mereka menyatakan bilik kami (dan bilik-bilik di paras 4) lebih bersih. Hoho..

Berakhirnya asrama terbuka, sukaneka pula mendatang. Saya telah mengambil acara dalam mengisi air dalam botol. Secara berkumpulan.. Dan dengan jayanya, kumpulan kami memenangi acara itu. Sekurang-kurangnyaada juga hadiah nanti. Sebenarnya saya menharapkan hadiahnya ialah duit (sebab tengah kesuntukan wang sekarang), tapi apa-apa jelah,sebab saya memang seronok juga kerana telah mengambil bahagian. Satu saja acara yang saya ambil, dan saya bernasib baik jugalah sebab menang.=p

Malamnya, jamuan.. Jamuan hujung tahun bagi pelajar asrama. Sedap, memang sedap makanannya. Saya nak tambah lagi makanan, tapi disebabkan kami makan agak lewat malam tu (pukul 9 lebih kot), jadi saya makan ala kadar jelah. Takut sakit perut pula. Maklumlah saya ni memang mudah diserang sakit perut. Kumpulan kami yang menang acara mengisi air dalam botol dapat hamper, saya yang naik pentas ambil. Ops! Tapi sekarang ni hamper belum dibuka lagi, saya masih belum dapat menghubungi 2 orang kakak KPLI yang sama kumpulan dengan saya hari tu. Yang abang Deakin pula, mereka suruh kami ambil je. Mereka tak perlukan bahagian mereka. Dalam hati saya kata, "Bagslah." manalah tahu,kakak KPLI tu pun suruh sy ambil je. Hehe..Harap-haraplah.

Lama dah saya tak masukkan buah fikiran saya kat blog saya ni. Ingin diluahkan perasaan di sini, macam tak sesuai pula. Lalu, tulis cerita lain sajalah. Walaupun sekaran ni fikiran tengah bercelaru, mood pula kurang stabil. Adalah sebabnya. Saya takkan berubah mood tanpa sebab. Harap-harap saya dapat selesaikan masalah saya ni. Bak kata sahabat rahsia saya, 'biarlah masa saja yang menentukan'. Salam 1 Malaysia dan selamat malam!

Tuesday, September 29, 2009

Cerita Yang Mengasyikkan.....

Petang itu aku duduk-duduk sambil melayari internet dalam bilik asrama.Kemudian aku terdengar suara seseorang memanggil aku. Rupa-rupanya Tashia, kawan lamaku semasa di sekolah menengah.

"Tibe,dulu kamu pernah pinjam mekanikal penselku. Boleh x kamu kembalikan sekarang?"
Aku berasa hairan. Sejak bila aku pinjam mekanikal pensel dia pula? Aku menggeleng seraya berkata, "xda pun pensel kamu kat aku. Aku x pernah meminjam penselmu."

"Ada..." Jawabnya dengan wajah yang sinis. Aku menjadi marah lalu mengambil kotak penselku dan membaling ke arahnya. Nasib baik dia sempat mengelak. Kalau dia tidak mengelak, pasti akan mengenai kepalanya.

"Kamu ni, sebarang tuduh tau!" Marahku. Kemarahanku membuak-buak, hinggakan aku mengambil sebatang pensel lalu mematahkan pensel itu. Kemudian,datang seorang kawan lalu mengajak Tashia pergi dari situ. Tashia pun beredar dan tinggallah aku seorang di sana. Aku mengisytiharkan permusuhan antara aku dan dia petang itu juga.

Beberapa hari selepas itu, aku mencari abangku, Ady di pasar malam MJC. Aku ternampak dia berjalan diiringi/dijaga oleh dua orang sahabatku, Cecey dan Lala. Apakah sebabnya, aku pun tak tahu. Kemudian, aku mengajak abangku berjalan-jalan. Mujur Cecey dan Lala membenarkan. Kami berjalan menyusuri pasar malam tetapi tiada apa-apa yang kami beli. Tiba di sebuah gerai, aku ternampak ibu bapa Tashia. Mereka menegur aku tetapi aku tidak menjawabnya. Ketika itu abangku tengah tawar-menawar sesuatu barangan dengan apek gerai itu. Selepas membeli barang itu, abangku mengajak aku balik.

Sampai di rumah, kami duduk di bangku panjang sambil berbual-bual berkenaan Tashia. Aku bercerita dengan penuh rasa marah dan tidak puas hati. Abangku pula menasihatkan aku. Untuk pengetahuan semua, bangku panjang yang kami duduki tersebut boleh terbang kalau kami menggerakkan sayapnya. Aku namakan bangku panjang itu sebagai 'Aircratf' sebab ianya terlalu ringan. Jadi, sambil kami bercerita, kami terbang menggunakan bangku panjang itu. Saya berasa mual kerana pergerakan bangku tersebut yang kurang stabil. Namun begituami tidak jatuh.

Tidak lama selepas itu, ibu aku sampai di rumah. Dia memanggil-manggil nama aku dan abangku. Abangku pun mengajak aku menghentikan penerbangan kami dengan cara mengipaskan tepi bangku itu. Aku pun mengipaskan tepi bangku itu dan secara perlahan-lahan,kami mulai mendarat. Tetapi, abangku tiba-tiba mengipaskan secara laju. Oleh itu, kami mendarat secara kasar dan abangku jatuh ke lantai. Nasib baik aku tidak terjatuh dari bangku tersebut. Ibu ku terkejut melihat kami jatuh dari langit.

Wawawa....mimpiku terjejas kerana bunyi alarm clock mengganggu, pukul 6.30. Nampaknyaaku perlu bergegas bangun mandi kerana kebelakangan ini masalah ketiadaan air semakin menjadi-jadi. Huhu..... Mimpi je yea....;)

Monday, September 28, 2009

Bermulanya Petempatan Di Gunung Singai

Sebelum adanya petempatan di Gunung Singai, penduduk tinggal di kaki gunung ataupun secara berselera ataupun berkelompok di tepi sungai di bawah gunung. Pada masa itu, Tanah Melayu masih di bawah jajahan British sementara negeri Sarawak pula masih di bawah pemerintahan Rajah Brooke.

Menurut orang tua-tua, terdapat tiga sebab mengapa penduduk berpindah dan membina petempatan di Gunung Singai :
1. Penduduk di kawasan tersebut melarikan diri dari musuh. Musuh yang dikatakan ialah para askar dari Tanah Melayu yang datang bertugas ke Sarawak. Mereka sering memeras ugut dan meminta makanan daripada penduduk kampung. Selain itu, askar-askar tersebut sering menipu penduduk di situ sehingga menimbulkan kemarahan penduduk dan mengakibatkan peperangan antara mereka. Setelah askar-askar tersebut tewas dan kembali ke Kuching, penduduk kampung telah berpakat untuk melarikan diri ke Gunung Singai dan membina petempatan di situ.
2. Permusuhan dengan orang Melayu. Pada masa itu, orang Melayu sering datang ke perkampungan menggunakan sampan untuk mendapatkan pertukaran padi, ikan masin dan garam dengan sebatang rod besi/bijih timah. Pada masa itu, orang Bidayuh tidak pernah mengenali apa itu besi dan bijih timah. Apabila orang Melayu mahu bertukar dengan makanan, mereka terima sahaja rod besi tersebut kerana mereka menganggap besi/bijih timah tersebut merupakan barangan berharga. Namun, apabila sudah kerapkali bertukar barangan, orang Bidayuh mulai sedar bahawa besi/bijih timah yang ditukar dengan padi tidak membawa sebarang faedah. Mereka mula tidak mahu bertukar barangan dengan kaum Melayu yang mahu bertukar barangan. Mereka juga meminta kembali padi yang mereka serahkan dan mengembalikan rod besi/bijih timah tersebut. Keengganan orang Melayu menimbulkan kemarahan kaum Bidayuh sehingga menyebabkan pergaduhan. Kedua-dua kumpulan tersebut bermusuh. Untuk mengelakkan berlakunya lagi pergaduhan, orang Bidayuh berpakat untuk meninggalkan petempatan asal mereka dan tinggal di Gunung Singai.
3. Penduduk takut dengan musuh yang memenggal kepala. Musuh-musuh yang melancarkan serangan dengan tujuan untuk mendapatkan kepala dan semakin banyak kepala yang mereka dapat, semakin berkuasalah mereka. Kepala tersebut akan disimpan dan dikumpul di baruk kawasan petempatan mereka. Musuh yang paling digeruni pada masa itu terdapat dua kumpulan. Satu kumpulan diketuai oleh Tirobung, dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Bisopung. Mereka sering menyerang kawasan perkampungan penduduk di situ dan merampas makanan serta harta benda. Bukan itu sahaja kejahatan yang mereka lakukan, malah mereka turut memenggal kepala beberapa penduduk dan membawa kepala mereka pulang. Mereka digelar penyamun dan berbangsa Bidayuh yang tinggal di tempat yang jauh serta mempunyai bahasa yang tidak difahami. Setelah penyamun tersebut memenggal kepala orang, penduduk kampung akan menyanyikan pantun. Antara contoh pantun mereka ialah;
“Siburit jikeh tobuh potod togang de rimang ba’ai,
Jaat negeh jowin te di te poya mamuh ngan te ninga srata dayung nagai.”
Penterjemahan :
“Kerengga memanjat tebu patah-patah di kawasan pokok sirih,
Hodoh muka kita sebab tiada masa mandi semata-mata nak melihat
perempuan musuh.”

Jadi, punca perpindahan penduduk dari keliling gunung tersebut ke Gunung Singai adalah untuk melarikan diri daripada serangan musuh dan demi keselamatan diri serta nyawa. Mereka berpindah ke gunung secara beramai-ramai. Dan mereka memilih Gunung Singai kerana gunung tersebut yang paling tinggi di antara 2 lagi gunung di situ, iaitu Gunung Muoi dan Gunung Srabu. Gunung Singai juga dikatakan strategik kerana terletak berdekatan dengan petempatan asal dan senang juga untuk menyembunyikan diri daripada musuh kerana kawasan gunung yang berbukit-bukau dan berhutan tebal.

Sejarah Gunung Singai

Menurut cerita orang-orang tua, Gunung Singai mendapat nama daripada sejenis spesies ikan yang dijumpai di puncak gunung tersebut. Ikan yang dijumpai tersebut mempunyai badan yang berbulu dan sebesar dua tapak tangan. Ikan tersebut dijumpai oleh beberapa orang perempuan ‘Boris’ (Orang yang menyanyikan puisi berkenaan nenek moyang zaman dulu-dulu, memuji-muji kisah lagenda dan merayakan gawai secara tradisional). Ikan tersebut dijumpai semasa mereka sedang meraikan pesta Gawai di gunung tersebut. Pada masa itu, tidak ramai sangat penduduk yang tinggal di situ, masih ramai yang tinggal di bawah gunung ataupun kaki gunung. Selepas menemui ikan tersebut, gunung tempat mereka meraikan pesta Gawai tersebut dinamakan Gunung Singai.
Selepas penemuan tersebut, rombongan orang putih yang diketuai oleh Rajah Brooke turut mendaki Gunung Singai semata-mata untuk melihat ikan tersebut dan mengambil gambarnya. Sejak itu, semakin ramai penduduk di kaki gunung yang mendaki gunung untuk menyaksikan pesta Gawai setiap kali adanya pesta tersebut.

Cerita dari nenek saya untuk dimuatan dalam kerja kursus. Hehe...

Wednesday, August 12, 2009

12 Ogos 2009

Pagi yang sejuk ini...ehem2...Sejuklah,sampaikan masa mandi tadi pun terketar-ketar. Roommate pula lebih bernasib baik, dia tak perlu bangun awal untuk mandi. Kelas dia pukul 11. Huhu... Saya datang awal ke kelas pun, bukannya ada lectuter masuk pun. Huhu.. Dahlah x bawa charger laptop. Kalo betri weak, susahlah.,

Hari Jumaat yang lepas saya keluar ke Kuching (G Saberkas je) untuk melepaskan gian karoke. Seronok juga menyanyi walaupun tekak sakit dan batuk-batuk. Si Jai yang comel tu bukan main lagi nyanyi lagu baru. Mentang2lah cun2 hari tu Sing Song Enterprise keluarkan lagu baru. Saya pula, nyanyi lagu yang biasa jelah,tak tau sangat lagu baru. Kami berempat yang keluar hari tu, saya, Rachel, Jai dan Roy (budak Pusak). Seronoknya dapat karoke! Kami plan nak pergi lagi hari Jumaat ni, itupun kalo cuaca baik. Lagipun mereka sudi share minyak kereta terutama Si Roy yang sentiasa lodet tu. Hehe..

Pas karoke kat Saberkas (saya spend Rm5 for 5 songs..Only...Only..??)kami trus g Boulevard. Seperti biasa, Roy sebagai penunjuk jalan. Saya tak tau jalan bah. Saya tau drive je. Hehe... Kami makan dulu, dan saya memilih mi mushroom kat ntah kedai gerai apa, lupa juga. Tapi memang sedap! Lapar kot,sebab tu jadi sedap. Si Jai pula lawa, mulanya bukan main lagi ikut kami, pastu kononnya nak ikut kawan dia pergi food fair kat pasar Kuching kot. Lawa, xnak makan dengan kami... Huhu.. Pas makan, shopping2 pula. Saya jalan dengan Rachel, Roy jalan dengan kawannya ntah dari mana. Serian kot. Hehe... Comel jugalah kawan dia tu. Saya dan Rachel sempat makan aiskrim..Lama dah saya tak makan aiskrim, nyum3!!

Dah bosan shopping (Beli hadiah birthday utk Lily comel tu..Birthday dia pada 13 Ogos1989)saya lepak dengan Roy dan kawan dia...sapa nama dia? A'a,,Jai jugak. Bertuahnya saya, Roy belanja saya makan aiskrim. Makan aiskrim lagi! Xpa, sekali-sekala...HIhi.... TQ Roy! Kalo saya rasa saya ni rajin, saya belanja kamu lagi. Hehehehehehe....;p


Friday, August 7, 2009

Jerebu...

Pagi ini saya bangun awal, seawal 6 pagi. Biasanya bangun pukul 6.20 la... Tiba-tiba bangun awal ni sebab rasa panas yang luar biasa. Sejak semalam lagi memang panas sehingga berpeluh-peluh semasa tidur. Jadi, x tdo pakai selimutlah,sampai ke pagi. Semasa tdo pun, botol penuh berisi air sentiasa di sisi. Dahlah panas, capat haus pula tu! Hmmm, semenjak 2 menjak ni keadaan jerebu semakin teruk, terutamanya pada waktu petang. Bukan saja kawasan samarahan (Desa Ilmu),, malah kampung kesayangan saya pun dilanda jerebu. Baru semalam mom kesayangan saya menelefon memberitahu yang kampung jerebu. Maknanya bukan area samarahan sajalah.. Bencinya.... Sampaikan dalam bilik pun hidu bau asap. Kadang-kadang terfikir juga saya, "Adakah saya akan mati disebabkan tiada udara segar untuk dihirup?" Malah saya memikirkan masa depan lagi, bagaimana dengan keadaan masa hadapan sekiranya masa kini pun betapa teruknya udara.. Malah hutan semakin hari semakin nipis dan sentiasa diterokai sehingga mungkin tiada lagi hutan untuk anak cucu pada masa hadapan.. Arrggghh....Takutnya...!!

Time jerebu ni banyak juga yang demam, batuk2 dan sesak nafas. Saya sendiri pun masih batuk (Tapi ok lah sikit, sebab dah makan gula2 Strepsils tadi). Hehe.. Balik semula pada jerebu. Last year taklah seteruk keadaan sekarang ni... Dan pernah terfikir tak, yang keadaan ni adalah disebabkan rakyat Malaysia menyahut seruan pihak kerajaan supaya mementingkan semula sektor pertanian seperti penanaman padi? Tak lama dahulu, negara kita pernah mengalami krisis kekurangan beras disebabkan terlalu mementingkan sektor perindustrian sehingga makanan pun terpaksa diimport. Namun, apabila rakyat Malaysia menyahut seruan untuk menanam padi, inilah kesannya! JEREBU! Macam mana jerebu boleh terjadi pula? Dan apa kaitannya dengan padi? Senang je.. Proses penanaman padi ni, sebelum menanam padi, mestilah membuka hutan dulu.. Jadi, untuk membuka hutan tu, pembakaran perlu dilakukan. Tambahan pula tanah di negara kita ni kebanyakannya tanah gambut. Pembakaran sehingga ke bawah tanah akan menyebabkan penghasilan asap dan asap inilah yang menyebabkan jerebu!

Bukan itu saja, belum lagi termasuk asap pembakaran hutan yang tidak disengajakan.. Ketika membakar kawasan yang nak dijadikan sebagai kawasan penanaman padi, tiupan angin yang kuat menyebabkan api merebak ke kawasan lain lagi, sehingga menyebabkan pembakaran hutan. Maka, terhasillah jerebu dan keadaan sekarang ni semakin panas!

opss! Semua di atas ni cuma teori saya je... Saya kumpulkan maklumat dari rakan dan juga ...... Terpulanglah kepada anda semua, jangan fikir yang bukan2 ye! Hehe.. Peace...

Monday, August 3, 2009

Balik kampung sentiasa best!

Lama dah saya x melawat blog saya ni..masalah x dapat online. Huhu.. Semalam saya balik kampung bersama kawan baik saya, Rachel dan kawan lelaki, Aboy dan Abg Wan (abg angkat sy). First time bawa kawan sekelas balik kampung, nervous juga, takut mereka x suka ka...Maklumlah rumah kampung je... Pas berkenalan dengan family saya, saya bawa mereka pergi sungai kampung kami. Resort bha..hoho... Nama resort tu ialah Sungai Adis Buan. Yuran masuk RM3 sekepala, tapi disebabkan saya ni saudara mereka, dan juga orang sekampung, kami masuk free je..hehe.. ermmm,xtau nak taip apa lagi.,.saya nak masukkan gambar jelah.











Wednesday, July 22, 2009

Second Anniversary SMP1109 Social Science (16 July 2009)

Kami buat dinner kat Dewan Suarah Kuching, pada 18 Julai 2009, sempena menyambut ulang tahun kedua kami masuk maktab. hehehe... Kami turut menjemput tutor kami yang sporting, iaitu Encik John Brodi. Memang best! Pengalaman yang saya takkan lupa sampai bila2..Tetapi makanannya tak seperti yang saya bayangkan. Sebenarnya saya harap ada udang masak butter tu...tp xda...huhuhu.. Overall, bestlah!!^^





Aku and rumate aku...

Rumate ku kuar shopping hari ni. Jelesnya...Huhuhu.... Dia balik, beli pula kamera digital...nang kacak habis! Warna purple pula tu...Cis!! Ada juga dia beli cermin mata, saya pula ambik kesempatan try. Hehehehe...



Yang warna purple tu hadiah birthday dari rumate saya... Saya letak kat handphone... Cun2 warna kegemaran saya. Hihihi.... Rumate, I love u!=p

Aku 'merajinkan' diri...

Hari ni, agak boring juga, sebab xda kelas, cuma kelas En.Mazlan je.. Belajar lagi Geografi yang telah saya tinggalkan selepas beberapa tahun. Semasa tingkatan 3 dulu pun, result PMR bagi subjek Geo.x seberapa. Dapat gred B je..huhuhu... X sangka pula masuk maktab ni, ambik lagi subjek tersebut. Ok lah juga, x susah sangat.

Pagi, xda kelas. Saya mengambil kesempatan untuk pergi ke Pejabat pos untuk membayar bil telefon. Sekejap je.. kat pejabat pos tu, abang angkat saya, abg Wan panggil saya supaya ke luar sekejap. Nak tunjuk benda yang menarik katanya... Rupa-rupanya dia nak tunjukkan kucing dan anak2nya kat luar pejabat pos. Comel.....>< onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="http://4.bp.blogspot.com/_fd8hW1D1mxk/SmcWP1mH8xI/AAAAAAAAAAw/NdxLDEMDg0o/s1600-h/22072009327.jpg">
Time kat kelas tadi, group kami ada buat pembentangan. Saya malas pula nak bangun, xtau nak cakap apa,lagipun masih batuk2 lagi. hehehehe... (bnyk alasan!) Apa-apapun, saya masukkan gambar geng2 yang buat pembentangan tu lah, sebagai tanda penghargaan. hehe..
Yang pakai topeng tu, Aboi namanya. Dia tu pelik sikit. Hohoho... Tapi dia baiklah... ops, musim H1N1, mestilah pakai topeng muka.... Paling kiri tu, nama glamernya Lily, Lala, Aboi, Cecey dan Fairol. Tadi mereka bentang pasal cabang2 dalam Geografi serta kemahiran2 dalam Geo. Hmmm....


Insaf..

Hari ini saya dapat tahu yang datuk classmate saya (Paul) meninggal semalam kerana sudah tua. Kesian juga Paul..Abg Wan kata dia menangis semalam.. lagipun, rasanya baru semalam saya menatap gambar datuk Paul tu.. Pastu, saya juga baru tau yang bapa abg Penyu (kawan kepada Jaja, saya panggil dia abg Penyu kerana muka dia macam muka penyu, terutama mulut dia.) juga meninggal semalam. Jaja yang beritahu saya..Terkejut juga saya. Hari Isnin yang lepas pun, bapa kawan saya dari kelas PM meninggal dunia.. Takziah kepada mereka... Saya turut bersimpati...

Tuesday, July 21, 2009

H1N1 semakin menular!!!

Bila terfikir tentang wabak Influenza A H1N1 ni, buat saya rasa risau, takut dan kadang-kala cemas, kerana saya sekarang ni pun sedang mengalami batuk-batuk. Baru minggu lepas saya mengalami demam, dan telahpun mendapatkan rawatan di klinik. Tapi taklah dijangkiti virus tu... Minta-minta dijauhkanlah.. Selepas melayari internet dan mendapatkan beberapa maklumat berkenaan wabak tersebut, saya ingin sertakan maklumat-maklumat tersebut sebagai nota saya sendiri. haha.. Boleh juga dijadikan panduan sekiranya ada sebarang kemusykilan.

Virus Influenza A (H1N1) ni adalah sama dengan selesema bermusim yang biasa. Ianya boleh merebak apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin ataupun bercakap. Virus tersebut juga boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh permukaan yang telah dicemari dan
kemudian menyentuh hidung atau mulutnya.

Jangkitan virus yang teruk ini juga boleh mengakibatkan radang paru-paru yang teruk serta kegagalan pernafasan sehingga boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda dan gejala Influenza H1N1 pada manusia adalah termasuklah :
  • Demam panas (melebihi 38 darjah Celcius)
  • Hidung berair
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Batuk
  • Keletihan
  • Sakit-sakit badan
Ada juga sesetengah kes yang mengalami cirit-birit dan muntah.

Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:

Jika anda batuk atau bersin:

• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.


Lindungi diri anda di tempat berisiko tinggi seperti di tempat awam.

Rujukan :

1.http://docs.google.com/gview?a=v&q=cache%3AFGt8NQk19zMJ%3Awww.crisis.gov.sg%2FNR%2Frdonlyres%2F1A57AB39-73EF-4553-9C72-A5E46F6D2466%2F23976%2FInfluenzaApamphletMalay11May09.pdf+gejala+h1n1&hl=en&gl=my2. 2.http://www.sepaku.net/blogs/teknosains/672-wabak-influenza-h1n1-selsema-****-apa-yg-perlu-anda-tahu.html


Tuesday, May 26, 2009

Yahhhh!!!!

Lagu di bawah ni saya tau semasa pergi BIG (Bina Insan Guru) pada 24 - 27 April 2009 bertempat di Kem Alapong, Lundu. Walaupun sangat letih dan tidak bermaya akibat kurang tidur (hobi saya tidur bah), dengar saja lagu ni dah menimbulkan semangat dan azam baru. Best....;)

LoveHunters - Azam Berazam

Azam berazam untuk membina seribu bangunan
Azam berazam untuk mendaki puncak kemajuan
Untuk mencipta semangat kebudayaan

Azam berazam untuk membina seribu bangunan
Azam berazam untuk mendaki puncak kemajuan
Untuk mencipta semangat kebudayaan

Azam berazam untuk memimpin arah kejayaan
Azam berazam untuk memburu sejuta harapan
Untuk menggapai impian berzaman

(Azam berazam) Menegakkan keadilan
(Azam berazam) Menyebarkan kebenaran
(Azam berazam) Melengkapkan kehidupan
(Azam berazam) Menentukan keyakinan

Azam berazam untuk menlumpuhkan jalan khayalan
Untuk membungkus mimpi kesyahwatan
Untuk menghirup udara yang nyaman

(Azam berazam) Menegakkan keadilan
(Azam berazam) Menyebarkan kebenaran
(Azam berazam) Melengkapkan kehidupan
(Azam berazam) Menentukan keyakinan

Azam berazam untuk mendaki puncak kemajuan
Untuk mengukuh mimpi kesyahwatan
Untuk menghirup udara yang nyaman
Azam berazam

My Second Blog....

Nilah blog kedua saya selepas 'tutup akaun' blog yang pertama di friendster.. Malas lagi nak teruskan,dahlah selalu tak dapat online.. Beberapa hari ni memang sibuklah, baru malam nilah saya sangat senang tulis sesuatukat blog. Dari 20 Mei 2009 hingga 26 Mei 2009 kami di IPGM KTAR telah mengalami 'musin exam'. Memang bersemangatlah nak hadapi exam ni. Dah habis exam, rasa sayu pula... Biasanya malam-malam camni, memang akan duduk sambil membaca buku buat ulangkaji sampai pukul 1 malam. Huhu.... Takpalah, next semester boleh buat macam tu lagi...Nak ulangkaji sekarang, ulangkaji apa pula. Terlalu rajin rasanya, macam gud gal pulak. Haha.. Xda apa-apa nak buat, kebetulan dapat online, buatlah blog baru.. Boleh juga buat jadi diari. Tak kisahlah kalau orang nak baca. Dialu-alukan.. Hoho.. Adush... Lapar pulak! Bubur belum masak lagi, pasni ada hal pula,pukul 8.30. Alalalala....Isi masa lapang dengan perkara yang berfaedah ye! ;)

Blog Terbaik!!!^__^