17 Julai 1989, hari lahir saya. Tengah hari Sabtu tu saya balik kampung kerana menunggu abang kesayangan balik dari praktikum. Sampai saja di kampung, tak sangka pula mereka menyediakan 'surprise' untuk saya pada sebelah petangnya. Saya menidurkan diri pada tengah hari tu, dan bangun sebelah petangnya menghidu bau ayam panggang. Say bangun untuk melihat apa yang sedang berlaku, terkejut jugalah melihat adik lelaki dan pak cik saya sedang memanggang ayam. Adik perempuan pula seperti terkejut melihat saya. Tapi saya tidak bertanya apa-apa kerana memikirkan kami bbq seperti yang selalu. Dekat-dekat nak malam, mak kesayangan menyuruh saya mandi dan berpakaian cantik. Dia menyatakan akan mengadakan jamuan kecil-kecilan untuk menyambut birthday saya. Saya mandi jelah, ingatkan jamuan macam tu saja bersama keluarga, tapi tak sangka pula ada kek dan ada juga saudara yang datang! Malunya kalau tua-tua macam ni pun diraikan!!>_<>
._. Tweet
._. Tweet