Salam sejahtera dan salam perpaduan.. :)
Begitu lama saya tak mengemaskini blog kesayangan saya ni. Memandangkan saya sudah mempunyai Facebook sendiri, saya lebih seronok dan lebih leka membaca post kawan-kawan di Facebook. Saya akui, kebelakangan ini saya agak leka dengan Facebook. Huhu.. Perlukah saya deactivate saja Facebook saya tu supaya tak leka?
Malam ini saya ingin berkongsi gambar-gambar kami menanam padi. Pengalaman itu merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke tapak penanaman padi (saya tak tahu nak panggil apa; sebab kalau sawah, ianya merujuk kepada padi di tanah rendah. Hehe). Mereka menanam padi bukit. Ketinggian tempat menanam padi, boleh tahan juga. Berbukit-bukau! Dah namanya padi bukit kan?
Macam mana saya dengan rakan guru boleh 'terjebak' dengan aktiviti menanam padi ni? Kami diajak oleh orang kampung.. Hehe.. Seronok menjadi guru. Mendidik pernah, mengasuh pernah, menjadi kerani pernah, memukat pernah.. Sekarang bertani pula. Gambar ini saya simpan di blog ini sebagai kenangan.. ^_^
Menanam padi pada 16 September 2013
|
Penduduk kampung berdoa sebelum aktiviti menugal dan menanam padi. Jangan salah faham, semuanya beragama Kristian. Mereka bertudung untuk mengelakkan terik matahari.. :p |
|
Cikgu Baktie bersama tuan punya tanah. :) |
|
Kami menanam kira-kira 3 jenis padi/ beras.. :) |
|
Cikgu Afiq, Cikgu Baktie dan Bapa Oney yang baik hati. :) |
|
Saya bergambar dengan seorang tua yang masih mampu melakukan kerja.. Kagum! |
|
Kami berehat sekejap. Yang berbaju kuning ialah jiran sebelah meja saya di bilik guru, Cikgu Hafizuddin. Minta maaf, gambar kepala terpotong pula.. Hihi.. |
Menanam padi pada 5 Oktober 2013
|
Wajah-wajah orang kampung yang peramah. :) |
|
Kali ini lebih berbukit! Penat juga mendaki bukit.. Hehe.. |
|
Tuan punya tanah mengagihkan beras. |
|
Menanam padi. |
|
Tuan punya tanah bersama Cikgu Baktie. Kali ini, hanya saya dan Cikgu Baktie saja yang ikut orang kampung menanam padi. |
|
Selesai sudah menanam padi. Kami balik dengan hati yang riang.. ^_^ |
|
|
Ya, saya gembira di sini. Suasana kampung yang tenang, anak-anak murid yang comel (terutamanya anak murid saya sendiri, Tahun Satu) dan mendengar kata serta rakan sekerja yang memahami. Sekian saja untuk malam ini. :)
._.