Logo baru KPM ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai
konsep teras.
Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah
berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada
jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian
ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang
diberi ilmu dengan beberapa darjat.
Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau
kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu
juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada
kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua
peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup
‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan
pendidikan Malaysia.
Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan
yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam
sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih
melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang
berkualiti dan berilmu mulia.
Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin
& Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rujukan : Klik SINI.. Saya nak rujuk laman web KPM, tapi lambat sangat la.. Huhu..
Selamat menyambut Maulidur Rasul.. :)
._.
Tweet