Followers

Friday, July 1, 2011

Kek Coklat Moist

Resipi pensyarah BM kami, Puan Noorliza.:)

1. 1 cawan koko
2. 1 cawan minyak (kalau boleh minyak zaitun)
3. 1 cawan susu segar full cream (kalau nak rasa c0klat kuat, guna susu segar perisa coklat)
4. Setengah cawan susu pekat
5. 3 per 4 cawan gula
6. Sedikit ovellate
7. Sedikit esen vanila

~Campur semuanya dalam periuk sehingga sebati. Tanak atas api yang kecil. Selepas itu, sejukkan. Letak tepi dulu.

1. Masukkan 1 suku cawan tepung gandum.
2. 2 biji telur gred A (kalau telur gred C, 4 biji).
3. Soda bikarbonat, serbuk penaik/ baking powder, masukkan sikit-sikit.
4. Kacau semuanya sikit-sikit, jangan pukul. Kacau hingga sebati.
5. Sediakan bekas yang sudah dilumur marjerin/ mentega.
6. Masukkan semua bahan.
7. Tutup dengan kertas aluminium.
8. Kukus selama 40-60 minit.

Selamat berjaya!:)
._.

----------
Sent from my Nokia phone

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^