Followers

Saturday, March 24, 2012

Saya Dan 'Bayi'

Selamat Pagi!(^.^)

Selepas beberapa hari 'berpuasa' meninggalkan blog dan internet, saya kembali semula dengan beberapa gambar yang saya simpan untuk dikongsi bersama. Minggu ini sememangnya sangat sibuk dengan kerja kursus serta kajian tindakan. Tapi lega sikit, sebab dah dihantar semalam. Mulai minggu depan, akan sibuk semula dengan RPH (minggu depan saya akan diselia pensyarah dan guru pembimbing). Selain RPH, saya yakin sangat yang kertas kerja kajian tindakan saya akan dikembalikan dan diminta untuk dimurnikan lagi.=D

Ok, saya nak kongsi gambar saudara-mara saya dengan seorang bayi yang sangat comel. Gambar-gambar di bawah ni ialah gambar semasa hari jadi sepupu saya. Tapi kami pula sibuk-sibuk nak bergambar dengan bayi, anak kepada tetamu yang datang! Hehe.. Mak saya komen tentang bayi ni, "Keseluruhan anggota mukanya bertumpu." Sebab matanya, hidungnya, mulutnya semuanya berdekatan. Comel sangat!>_<

Adik saya dengan bayi comel tu.^^

Wa Gek (Adik mak saya) dengan bayi comel tu.^^

Wa We (Adik mak saya juga) turut bergambar dengan bayi comel itu.^^

Nisau (Sepupu saya, anak kepada Wa We) tak ketinggalan walaupun takut mulanya.=D

Opsss!!! Bayi juga ke?? Hehe... Comel sangat kucing ni!

Bayi ni suka dengan saya! Hihihi...



*** Saya pegang kucing tu selepas puas mengendong bayi dan makan masakan Wa Nong. Sedap masakannya~~
 
._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^