Followers

Sunday, April 22, 2012

Sugarbun Atau KFC? Atau SCR?

Apabila terpandangkan kotak berlabel KFC di tong sampah sebentar tadi, saya terfikirkan perbezaan Sugarbun dan KFC. Hehe.. Dulu, sebelum saya mengenali Sugarbun, saya memang makan di KFC. Nak kata selalu sangat, tak juga sebab ayam KFC ni agak buat saya terasa 'leju'. 

Selepas makan ayam KFC tu, saya rasa kenyang yang agak luar biasa dan mengambil masa yang lama untuk makan daging ayam semula terutamanya ayam goreng. Nak kata tak sedap, tak juga. Mungkin lapisan tepungnya sangat tebal. Mungkin? Kadang-kadang ada sesetengah tempat, ayam KFCnya sangat berminyak. Kena joging berjam-jam untuk membuang kalori dalam tubuh selepas makan ayam KFC yang berminyak tu. Macamlah saya ni rajin joging!=D

Sugarbun pula, sampai sekarang saya tak pernah leju. Sejak mengenali Sugarbun, saya dah tak mengunjungi restoran KFC lagi. Pandang pun tak nak. Haha! Sedap ayamnya. Walaupun tak sebesar ayam KFC, tapi sedaplah. Dan harga juga berbaloi. Kalau ayam KFC, isi ayam tu tiada rasa. Kulitnya saja yang sedap. Tapi kalau ayam Sugarbun ni, rasanya sampai ke isi!=)

Terdapat beberapa tempat kegemaran saya di sini iaitu di 1TJ BDC, Tabuan Jaya dan MJC Batu Kawah. Di Boulevard pun ada Sugarbun, tapi saya jarang pergi sana. Tempat di mana layanannya paling bagus bagi saya ialah di Tabuan Jaya. Pekerja sana sangat mesra. Hehe..

SCR? SCR di Desa Ilmu ni, emm.. Malaslah saya nak komen. Kena saman pula nanti. Pergilah sendiri dan cuba rasa sendiri bagaimana layanan pekerja di situ terhadap pelanggan. Hehe.. Tata!

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^