Followers

Thursday, May 10, 2012

Facebook Medan Perang?

Salam sejahtera dan selamat pagi..

Pagi-pagi dah 'disuapkan' dengan Facebook. Teman sebilik yang tunjukkan laman tu, saya cuma baca je.. Dia tunjukkan gambar yang menarik, tak kurang juga adegan sindir-menyindir yang berlaku antara orang yang saya kenali.

Justeru, saya ucapkan TAHNIAH kepada pihak Facebook kerana telah berjaya menjadikan Facebook sebagai medan perang - sindir-menyindir, mengumpat, menghina, kecurangan, kecemburuan dan perkara yang seumpama dengannya. Pihak yang satu sedang 'berperang', pihak di atas pula sedang tersenyum kambing sebab berjaya mencipta suasana yang 'harmoni' itu. 

Saya bukanlah anti-Facebook. Saya sendiri ada Facebook, diaktifkan pada awal tahun ini. Itupun sekadar memenuhi keperluan kelas dan agaknya dalam tahun ini, cuma 2-3 kali je saya buka akaun tu. Selebihnya lebih kepada blog. Nisbah? 1 kepada 1000. 

Ya, saya bukan anti-Facebook ya.. Cuma saya lihat terlalu banyak keburukannya gara-gara manusia yang tak pandai nak memanfaatkan ICT. Mengecewakan. T_T

._.

2 comments:

  1. itulah salah satu keburukkan FB kan :(

    ReplyDelete
  2. Yaaa.... Kadang-kadang sakit hati juga apabila baca komen teman yang 'berperang', sindir-menyindir.. Huhu... Tak nak baca, tapi dah terbaca pula.=D

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^