Followers

Tuesday, May 22, 2012

Hari Ini Mesti Usaha!

Selamat pagi semua!^__^

Pagi ini saya bangun lebih awal daripada biasa. Bunyi alarm telefon hanya sekejap saja, sebab saya memang dah agak bangun masa tu. Bangun, basuh muka dan buka laptop. Baca-baca blog kegemaran dulu, sambil-sambil baca nota Penyelidikan Pendidikan. Plan nanti, pukul 7 pagi nak bersarapan dan selepas itu baru mula belajar secara intensif.

Hari ini sudah masuk hari Selasa. Hari Khamis ujian, ada 2 hari lagilah untuk saya mengulangkaji. Banyak lagi yang perlu dibaca. Saya tak kisah kalau soalan berbentuk fakta yang keluar. Tapi kalau soalan berbentuk aplikasi, itulah yang menakutkan saya. Huhu..

Doakan kejayaan saya. Hari ini saya akan usaha lebih! Fighting!!!=) 

._.


No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^