Followers

Friday, May 11, 2012

Si Pencuri Buah Fikiran

Selamat pagi ya ~ ~

Pagi ini saya bangun dengan begitu bersemangat, sejurus selepas alarm berbunyi. Selalunya, saya tidur sekejap. Kadang-kadang terlambat bangun  sebab melalut tidur.=D

Semasa mandi tadi, saya teringatkan satu kisah seorang teman. Sebelum tu, saya ingin bertanya kepada pembaca, pernah tak idea anda dicuri orang? Pernah? Tak Pernah?

Katakanlah anda di ofis. Tiba-tiba idea datang mencurah-curah tentang cara untuk mempromosikan sesuatu produk. Anda memberitahu idea anda itu kepada teman yang duduk di sebelah meja anda (teman A) dan anda bercadang untuk menyampaikan idea tersebut kepada bos pada keesokan harinya. 

Pada keesokan harinya, anda masih belum bersedia untuk menyampaikan idea tersebut kerana masih belum ada point untuk mengukuhkan idea anda. Ketika nak keluar makan tengah hari, anda terpandang dokumen di atas meja teman A anda itu. Alangkah terkejutnya!! Terkejut beruk! Melihat idea anda berdua sebiji sama!

Dan apa alasan dia? 

"Saya dah lama fikirkan idea ni. Saya nak berjumpa bos dulu."

Tanpa rasa serba-salah, dengan muka selambanya dia pergi berjumpa bos... Cis!!!

Kisah saya lebih kurang sama je. Idea saya dicuri orang. Apabila melihat orang tersebut menyampaikan idea tersebut, hati saya bagai dicucuk-cucuk. Marah, menyesal pun ada kerana terlalu percayakan dia dan menangguhkan perkara yang elok untuk disampaikan.

Apa pula perasaan anda? Atau pernah tak anda curi idea orang dan sampaikan idea tersebut sebelum orang tersebut menyampaikannya? Apakah perasaan anda? Bangga?

Kisah tersebut akan saya ingat sampai bila-bila. Sejak dari kejadian itu, saya sentiasa berhati-hati supaya tak terlepas buah kata. Bak kata orang, "lembu punya susu, sapi dapat nama."

Tapi saya tak pernah pula menyebut "susu sapi". Saya menyebut "susu lembu". Hihi..

Pencuri, tak semestinya mencuri barang. Mencuri duit, mencuri IDEA, mencuri HATI.. Curi HATI??>_<

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^