Followers

Sunday, June 24, 2012

Rakyat Diutamakan, Kami Jangan Dilupakan

Semalam, ada pihak ASTRO datang ke kampung untuk mempromosikan ASTRO NJOI dari rumah ke rumah. Datang je ke rumah kami, mak saya berpura-pura tidur. Saya sebenarnya ingin lari masuk ke bilik, tapi orang dah bagi salam, jawab jelah. Buka pintu dan layan sekejap mereka tu. Dah namanya tetamu. Haha..

Mereka mempromosikan ASTRO tu... "Bla bla bla bla....di bawah rancangan Najib."

Dengar je nama Najib, saya jadi emosional pula. 

"Rancangan Najib? Peruntukan elaun kami pun dia belum bagi. Nak janji macam-macam lagi?"

Mereka terdiam terkedu. Lepas tu saya daftar nama saja, malas lagi nak mendengar mereka berceloteh. Sekadar daftar nama. Hehe.. Lepas tu kan, mereka balik. Tengok-tengok, mak dah betul-betul tertidur!=D

Saya tak sokong sesiapa, tak ingin juga bangkang sesiapa. Tapi apabila mengenangkan keperluan yang tak dipenuhi, macam-macam rasa ada. Pernah seorang pensyarah berkata apabila kami bertanya tentang peruntukan elaun kami, 

"Tuntutan perjalanan kami pun belum diberi juga. Jadi, harap kamu semua faham."

Pendapat individu saya, pensyarah lain. Mereka ada gaji, tiap-tiap bulan terima gaji.. Kami? Bergantung kepada elaun sahaja. Nak cari part-time, tak boleh pula.. Lebih-lebih lagi kami yang menjalani praktikum dan internship. Lebih banyak bajet diperlukan..T__T 

Mungkin perkara ini agak sensitif. Tak pasal-pasal saya kena tindakan pula nanti. Haha! Apapun, ini sekadar luahan hati saya. Esok nak menjalani internship di sekolah. Doakan kejayaan saya.=)

._.

3 comments:

  1. 20 Jun tk kmk kna pg kl, kursus j.u muzik..hmm mmg kena keluar duit poket sndiri, ntah2 tak ada tuntutan juga..huhu

    ReplyDelete
  2. Takpalah, gaji bang syam besar..
    Hehehe...=p

    ReplyDelete
  3. Takpalah, gaji bang syam besar..
    Hehehe...=p

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^