Followers

Tuesday, July 21, 2009

H1N1 semakin menular!!!

Bila terfikir tentang wabak Influenza A H1N1 ni, buat saya rasa risau, takut dan kadang-kala cemas, kerana saya sekarang ni pun sedang mengalami batuk-batuk. Baru minggu lepas saya mengalami demam, dan telahpun mendapatkan rawatan di klinik. Tapi taklah dijangkiti virus tu... Minta-minta dijauhkanlah.. Selepas melayari internet dan mendapatkan beberapa maklumat berkenaan wabak tersebut, saya ingin sertakan maklumat-maklumat tersebut sebagai nota saya sendiri. haha.. Boleh juga dijadikan panduan sekiranya ada sebarang kemusykilan.

Virus Influenza A (H1N1) ni adalah sama dengan selesema bermusim yang biasa. Ianya boleh merebak apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin ataupun bercakap. Virus tersebut juga boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh permukaan yang telah dicemari dan
kemudian menyentuh hidung atau mulutnya.

Jangkitan virus yang teruk ini juga boleh mengakibatkan radang paru-paru yang teruk serta kegagalan pernafasan sehingga boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda dan gejala Influenza H1N1 pada manusia adalah termasuklah :
  • Demam panas (melebihi 38 darjah Celcius)
  • Hidung berair
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Batuk
  • Keletihan
  • Sakit-sakit badan
Ada juga sesetengah kes yang mengalami cirit-birit dan muntah.

Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:

Jika anda batuk atau bersin:

• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.


Lindungi diri anda di tempat berisiko tinggi seperti di tempat awam.

Rujukan :

1.http://docs.google.com/gview?a=v&q=cache%3AFGt8NQk19zMJ%3Awww.crisis.gov.sg%2FNR%2Frdonlyres%2F1A57AB39-73EF-4553-9C72-A5E46F6D2466%2F23976%2FInfluenzaApamphletMalay11May09.pdf+gejala+h1n1&hl=en&gl=my2. 2.http://www.sepaku.net/blogs/teknosains/672-wabak-influenza-h1n1-selsema-****-apa-yg-perlu-anda-tahu.html


No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^