._. Tweet
Followers
Tuesday, April 20, 2010
Pokok Bungaku Yang Hidup Segan Mati Tak Mahu T_T
Pada beberapa bulan yang lepas, saya dan kawan baik saya telah berjanji untuk sama-sama menanam bunga di dalam bilik. Cukuplah dengan anak pokok bunga yang comel sekadar penghias bilik kami. Jadi, pada dua minggu yang lepas, saya pun bawalah anak pokok bunga dari kampung untuk menunaikan impian kami itu. Tapi saya tak bawa tanah! Malas juga nak pergi cangkul-cangkul tanah, lagipun kebetulan petang Sabtu itu memang hujan lebat. Maka bermulalah kehidupan 2 anak pokok bunga yang masing-masing dijaga oleh saya dan Rachel dengan hanya berbekalkan air sebagai 'makanan' pokok bunga kami tu. Pada minggu itu, memang anak pokok kami nampak macam 'demam' je, mungkin hanya dibekalkan air tanpa tanah. Jadi saya balik hujung minggu itu, saya beli gel bulat-bulat (tak tahu apa namanya) yang kalau diisi air, ianya akan mengembang. Saya beri pada Rachel satu paket, dan saya juga guna 1 paket. Walaupun daun-daun pokok bunga saya mula menguning, saya tetap tidak berputus asa untuk menyelamatkannya. Saya buang daun yang sudah kuning itu, dan hanya tinggal 2 kepig daun saja pada pokok tersebut. Huhu.. Dan hari ini, saya melihat perbezaan yang ketara pada anak pokok saya tu. Pucuknya sudah tumbuh sikit! Saya harap anak pokok saya membesar dengan sihat dan gembira.. Setiap hari (sebelum turun kuliah) saya akan meletakkan anak pokok saya itu di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari. Dan pada waktu petang pula saya akan letak balik di atas meja sebagai hiasan dan penghibur bagi saya (kerana saya sememangnya suka melihat tumbuhan hijau!). =)
._. Tweet
._. Tweet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
peringkat awal tanam pokok la yang paling penting. bila dia dah nampak boleh berdiri sendiri nanti, baru la siram sikit2 je. =)
ReplyDeletesemoga bunga kamu hidup dengan jayanya!!! ^_^