Followers

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Buat Para Ibu ^_^

Hari ni saya duduk dalam bilik je, takkan pergi ke mana-mana melainkan pukul 1 nanti, saya ke Gym IPG KTAR demi tugas yang tidak dapat dielakkan. Hari ini Hari Ibu. Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mummy saya, semoga beliau dilanjutkan usia dan sentiasa sihat ceria selalu. Sebenarnya semalam lagi saya dah ucapkan selamat hari ibu pada mummy saya, sebab saya ingat semalam hari ibu. Hehe.. Tapi orang tu beritahu yang hari ni lah hari ibu. Jadi saya pun melayari internet untuk kepastian tarikh sebenar Hari Ibu ni.. Daripada dapatan yang saya peroleh, dinyatakan bahawa "This Mother's Day date was declared by US President Woodrow Wilson on May 8, 1914 when he signed a Joint Resolution designating the second Sunday in May as Mother's Day." (Saya malas nak translate dalam BM.=p)Jadi, apa pendapat kalian? Bila tarikh sebenar Hari Ibu? Menurut pemahaman saya, Hari Ibu disambut pada minggu kedua dalam bulan Mei, 7 hari selepas sambutan Hari Pekerja. Jadi, Hari Ibu jatuh pada 8 Mei 2010, bersamaaan dengan hari Sabtu. Tapi generally, orang sambut Hari Ibu pada hari Ahad, jadi ucapkanlah 'Selamat Hari Ibu' pada bila-bila masa je,yang penting kita semua sayang ibu kita. Hoho..>_<

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^