Dulu-dulu, di kampung tumbuhan ni tumbuh melata.. Dan semasa tengah jalan-jalan ka, berbasikal sekitar kawasan rumah, memang akan terjumpa pokok ni. Saya dan adik-beradik yang lain akan cari buahnya yang sudah masak (berwarna kuning), lap-lap pada baju dan makan macam tu saja. Manis, rasa macam buah ceri je.. Mengimbas kembali kenangan itu, memang seronok. Adakalanya, kami akan berbasikal hingga ke jambatan tak jauh dari rumah (kami memang tak berani nak jalan jauh, jambatan tu pun tak sampai setengah kilometer dari rumah). Kami akan duduk tepi jambatan, berbual-bual di situ. Kadang-kadang ada juga kawan sepermainan menjadikan suasana lebih seronok. Sekarang dah tak rapat sangat lagi dengan rakan sepermainan tu, masing-masing mempunyai haluan yang berbeza. Huhu...
Sekarang ni,susah nak nampak pokok tu lagi,pembangunan di kampung semakin pesat.. Apatah lagi kini kami sudah berpindah ke kawasan petempatan baru. Memang ada pokok tu, tapi dah tak banyak lagi.. Rindu dengan nostalgia lalu.. T_T
._. Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^