Hari ini dah masuk 27 September 2010, banyak peristiwa yang telah berlaku dalam tempoh masa yang panjang ini.
Pada 30/8/2020 hingga 03/9/2010, PISMP ambilan Januari 2009 telah menjalani PBS. Saya telah pun selamat menghabiskan PBS di SK St. John Bau. tak disangka-sangka, saya telah bertemu dengan seseorang yang saya amat kenal dan rapat dengannya (tapi jarang bermesej laa), iaitu Miss M.A. Kami berpelukan kegembiraan kerana menjalani PBS di tempat yang sama. Sekurang-kurangnya saya mempunyai teman untuk PBS kali ini. Rupa-rupanya inilah kali ketiga dia menjalani PBS di tempat yang sama, saya tak tahu lah, dapat ke menjalani PBS di tempat yang sama? Hehe...
Dalam kegembiraan menjalani PBS, masih ada juga teman sekelas yang tidak dapat menghabiskan PBSnya dengan sempurna apabila dia mengalami demam campak pada hari ketiga menjalani PBS. Nampaknya terpaksalah dia mengganti PBSnya kelak.. Dan seperkara lagi, dengan takdir Tuhan, dia turut mengalami kemalangan bersama seorang lagi teman semasa dalam perjalanan untuk pulang ke kampung. Disebabkan oleh kecuaian pemandu dari arah bertentangan, kesan yang mendalam menimpa teman yang seorang ini. Semoga dia dapat menghadapinya dengan tabah, dan semoga dia cepat sembuh... Saya bersyukur kerana kedua-dua teman ini selamat daripada kecelakaan tersebut.
10 September 2010, hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat rakan-rakan yang beragama Islam. Masih belum terlambat lagi agaknya? Huhu.. Teringat pula pada seorang teman yang tak seberapa dapat nak sambut Raya, dengan keadaannya baru lepas kemalangan. Teman itu masih belum boleh makan dengan sempurna lagi, dan katanya, dia tidak sempat pakai baju raya pun. Terharu juga mendengarnya luahan hatinya, sekali lagi saya berharap semoga dia cepat sembuh...
18 September 2010, saya dengan abang kandung balik semula ke IPTAR. Memang agak bertuahlah, kerana kami dapat menyambung pelajaran sebagai guru pelatih di tempat yang sama. 20/9/2010-23/9/2010, PISMP ambilan Januari 2009 telah menjalani kursus perkhemahan wajib. GERKO saya ialah KRS, dan perkhemahan tersebut merupakan pengalaman paling seronok dalam hidup saya, sepanjang saya menjalani perkhemahan. Saya akan ceritakan pengalaman saya pada masa akan datang. Sekarang ni ada urusan yang lebih penting, iaitu melabur! Saya bangun sahur tadi, nak puasa hari ni. Haha! Tata....
._.
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^