Terdapat 8 jenis kecerdasan pelbagai yang perlu kita aktifkan/aplikasikan dalam kehidupan seharian kita; seperti sebagaimana yang saya lakukan : (;p)
1. Kecerdasan linguistik - Saya suka membaca, tidak kira di internet (metro, BHO, kisah lucu) ataupun dari buku cerita/novel. Selain itu, kehidupan di IPG memerlukan kemahiran berbahasa dan di sini saya belajar pelbagai jenis bahasa antaranya, bahasa Melayu, BI, Melayu Sarawak, Iban, Melanau dan macam-macam lg.. :)
2. Kecerdasan logik-matematik - Saya turut mengaplikasikan ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Contohnya, saya melajukan jam dalam hp saya, 11 minit lebih awal. Situasinya di sini ialah, apabila saya melihat jam menunjukkan pukul 11.43 minit, saya perlu menolaknya kepada 11 minit, jadi waktu sebenarnya ialah pukul 11.32 minit. Kadang-kadang memang keliru! Hehe...
3. Kecerdasan visual-spatial - Saya suka melukis, terutama ketika boring.. Boleh dikatakan setiap hari saya melukis, contohnya semasa di dalam kelas. Kalau P&P agak membosankan, saya akan menconteng buku nota saya, contohnya melukis bulat, segi empat ataupun rupa manusia.. Haha..
4. Kecerdasan muzik - Saya juga suka menyanyi.. Semasa dalam bilik, kalau terasa sunyi, saya akan pasang lagu, pasang earphone dan karoke sorang-sorang.. Kadang-kadang, saya bernyanyi dalam hati je, atau nyanyi kuat-kuat hingga roommate berkata "Ma, jangan panggil hujan!"
5. Kecerdasan kinestetik - Bangun pagi, saya wajib menggeliat sekuat hati dulu, dengan harapan saya bertambah tinggi (maklumlah saya ni boleh dikatakan agak pendek). Selain itu, saya ni tiap-tiap hari memandu ke Desa Ilmu, jadi bolehlah dikatakan kecerdasan kinestetik kerana proses pemanduan memerlukan 'kekontrolan otak'. hehe.. Saya juga ambil course PJ sebagai subjek minor.. :)
6. Kecerdasan interpersonal - Selalunya berlaku di dalam bilik kelas, apabila melibatkan kerja berkumpulan. Biasalah kan, perlu beri kerjasama, bertolak ansur, kalau ada apa-apa yang tidak setuju, nyatakan pendapat yang bernas dan sebagainya.. Terimalah pendapat kawan yang lain, dan banding beza pendapat siapa lebih baik. huhu..
7. Kecerdasan intrapersonal - Sebelum tidur saya akan buat refleksi diri, apa yang telah saya lakukan pada hari ini, baik buruknya sesuatu perkara.. Kalau baik dijadikan teladan, kalau buruk dijadikan sempadan..
8. Naturalis - Saya ada memelihara seekor ikan puyu dalam bilik. Comel....>_<... Selain itu, dalam beberapa buku, saya ada menyimpan daun setawar. Kalau saya belek-belek buku tu, saya akan tengok akarnya yang semakin bertambah.. =)
._.
Tweet