Followers

Sunday, November 7, 2010

Baby Comel

Hari Jumaat yang lepas, 5 November 2010, saya balik kampung untuk menghadiri kenduri (untuk pengetahuan semua, datuk saya meninggal dunia pada 1 November 2010 lepas, tapi kebetulan masa tu tengah exam jadi tak dapat balik kampung). Jadi, hari Jumaat tersebut ialah hari kelima kematian datuk sebelah bapa saya... Nak kata sedih sangat, tak juga sebab kami memang tak seberapa rapat dengan datuk saya tu. Mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu, kami tak seberapa rapat.. Cuma, agak terkilan sebab tak dapat melihat mukanya buat kali terakhir, dan maka tak lengkaplah salasilah keluarga kami sebab datuk sebelah bapa dah meninggal dunia..

Balik semula pada topik utama, kami buat kenduri di rumah mak cik saya. Ramai juga orang datang, ada juga saudara yang saya tak kenal, malah saya diketawakan pula sebab tak kenal saudara sendiri (pengajarannya, kita harus sedaya upaya untuk mengenali saudara sendiri, tak kira saudara jauh atau saudara dekat). Saya yang malu-malu (kononnya, malu-malu kucing) cuma duduk di tepi-tepi jelah, sekadar tak mahu menonjolkan diri. :)

Habis kenduri, saya pergi ke dapur, bertujuan untuk membantu saudara-mara menghidangkan makanan dan minuman. Tapi hala tuju saya terus melencong apabila melihat seorang baby yang amatlah comel!!>_<

Terus tak jadi membantu (tak elok dijadikan teladan) kerana saya dah melencong ke kiri, iaitu menuju ke baby comel. Ingatkan anak cina, tapi rupa-rupanya anak kepada anak buah saya sendiri (macam mana nak explain?? Sepupu saya, A melahirkan B, dan B pula melahirkan C. C lah yang comel tul....). Jadi, rasanya si C ni merupakan cucu saya. Nenek muda.. Hahah!!

Dukung dan usik, saya sekali lagi jadi bahan usikan apabila makcik-makcik suruh saya kahwin dan ada anak sendiri. Aduh...Terkena lagi... Belum sampai masanya lagi, makcik. Kalau saya dah ada anak nanti, tentulah anak-anak saya comel agaknya, macam mama dan papanya dan neneknya dan atuknya. (Semakin tak malu)

Muncul lagi seorang baby yang comel, kali ni baby lelaki.. Saya kenal baby ni, anak kepada sepupu saya. Jadi, boleh dikatakan anak buah.. Comel juga...>_<

Geramnya.. Rasa nak cubit je pipi tu kuat-kuat, tapi takut baby-baby tu menangis. Sabar jelah.. Nah, saya upload gambar baby comel ni.. Selamat menjamu mata.. :)



Baby ni laa yang menarik perhatian saya..>_<

Gambar ni, mak saya yang send pada 1 Nov menyebabkan saya meronta-ronta nak balik kampung.. Ahaks!!


Kecinaan, maklumlah mamanya kacukan Cina-Bidayuh


Baby boy yang nampak macam 'Teletubbies">_<


Gambar baby girl blur sebab dia bergerak-gerak... T_T


Perut baby boy nampak pula....


Blur, sebab baby aktif bergerak! Huhu...


Opps.. Hihi..


Baby boy bersama adik perempuan saya.. =)


Baby boy bersama mummy saya.. ^^


Gambar baby boy bersama adik laki saya.. :)


Ops! Ni baby kat rumah saya.. Hehehehe.. :p


._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^