Sedihnya rasa hati.. Hari ini dia telah pergi meninggalkan saya. Walau betapa saya tak ingin dia tinggalkan saya, dia tetap pergi juga disebabkan orang ketiga. Apapun, saya terpaksa merelakan kepergiannya, kerana semua itu juga baik untuk diri saya. Sudah lama saya hidup bersamanya, tapi dia memang tidak berjasa kepada saya. Mungkin dalam 10 tahun? Atau 5 tahun? Saya sendiri, walaupun dia sentiasa di sisi saya, tapi saya lupa juga. Entah berapa tahun dah saya tidak bergantung kepadanya. Semasa proses perpisahan tadi, orang ketiga telah menariknya begitu kuat dan rakus, namun dia tetap tidak ingin meninggalkan saya. Mungkin dia masih sayangkan saya, tetapi, kenapa dia berbuat begitu? Selama bertahun-tahun saya hidup bersamanya, memang saya tidak bergantung kepada dia pun.
Hari ini, tanggal 24 Januari 2011, dia pergi bersama kenangan yang tak seberapa menarik. Biarlah dia pergi saja. Saya rela, dan saya tak ingin melihat wajahnya lagi. Saya harap orang ketiga tersebut membawanya pergi jauh dari kehidupan saya. Dan saya harap supaya orang ketiga tersebut membuangnya. Janganlah disimpan orang macam dia tu, langsung tak membawa makna..
Walaupun saya berkata begitu, tapi luka masih berdarah! Betapa saya sejukkannya dengan air sejuk, tapi luka tetap juga tak sembuh. Sedihnya, saya mula sedih dan agak menyesal kerana membiarkan dia meninggalkan saya. Say harap, luka yang saya hadapi ni akan sembuh keesokan harinya. Kesakitan yang tiba-tiba datang tadi, saya ubati dengan Panadol. Sekarang ni, kesakitan itu tak terasa lagi. Janganlah sakit lagi.
Biarlah dia tinggalkan saya. Saya dah tak kisah lagi. Tiada sekelumit lagi rasa kesal. Walaupun tiada pengganti, saya masih boleh hidup bahagia. Kalau saya dah ada anak kelak, saya akan beritahu anak saya, tentang betapa pentingnya dia. Tidak, saya takkan curang dengan suami saya. Kerana suami sayalah kelak, hidup dan mati saya.
Selamat tinggal wahai ex-gigi gerahamku. Gigi geraham kanan bahagian atas, semoga kau bahagia walau di mana jua kau berada. Luka di gusi ini, lama-lama akan sembuh jua tanpa dirimu. Saya takkan merindui dirimu walau sekelumit di hati. Selamat tinggal... T_T
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^