Followers

Monday, April 11, 2011

Murid Suka Bertanya

Murid suka bertanya. Mereka akan tanya apa saja, tanpa mengambil kira perasaan kita, sebagai seorang guru. Saya di sekolah, mengalami fenomena yang sama. Memang tak terlayan pertanyaan murid. Kalau sibuk melayan pertanyaan murid, alamatnya tak habislah pengajaran kita. Ataupun tak sempat mengajar langsung kalau masa setengah jam saja. Atau tak sempat menyanyi sebagai penutup.

Selalunya, saya tak sempat bawa murid menyanyi. Susah-susah cipta lirik lagu, belajar gitar lagi, kalau tak sempat bawa murid menyanyi, sedih bukan kepalang. Gara-gara murid suka bertanya. Tapi takpa, asalkan sempat buat rumusan. Cuma tak sempurna rasanya kalau tak bawa murid menyanyi. Murid suka menyanyi, saya sendiri pu seronok menyanyi. Selalunya saya akan cipta lirik yang berunsurkan nasihat, yang berkaitan dengan subjek PSK/KT.

Pertanyaan murid, memang kadang-kadang memeningkan kepala.Tapi saya suka melayan pertanyaan murid. Selalunya saya melayan pertanyaan murid semasa masuk sit-in jelah. Di bawah ini merupakan pertanyaan yang saya masih ingat. Dan seronok melayan kerenah mereka tu.. Terutamanya murid Tahun 6, dah dianggap macam kawan sendiri. Asalkan mereka menghormati kita sebagai guru. Dan dengar kata kita. Ini dia pertanyaan mereka yang Tahap 2 :

  1. Cikgu, betul ke cikgu sudah berlaki? (Maklumlah saya ada pakai inai di jari. Saya akan jawab 'ya' je, kalau saya jawab belum, mereka akan kata 'cikgu bulak')
  2. Siapa nama laki cikgu? (Saya jawab 'Faizal Tahir'. Pada keesokan harinya, murid kelas lain pun akan tanya saya, 'Cikgu, betul ke nama laki cikgu ialah Faizal Tahir?')
  3. Siapa nama sebenar cikgu? (Saya jawablah H**** J*******, tapi ada beberapa orang tak percaya. Nak nama yang macam mana lagi???)
  4. Cikgu, kenapa tak pakai tudung? (Maklumlah di sekolah tu, semuanya Muslim. Siap ada permintaan lagi, 'Cikgu, saya nak tengok cikgu pakai tudung. Sekaliii je.' Saya senyum jelah.)

Dan tahap 1 pula, mereka terlalu suci, tak tahu apa-apa dan berterus-terang. Pertanyaan mereka lebih dahsyat!!!

  1. Cikgu, kenapa cikgu ada misai? (Kadang-kadang saya akan jawab 'Memang normal tu, kamu pun ada misai...' dan kadang-kadang saya akan tanya mereka baik, 'Habis tu, kenapa kamu rongak?' Haha..)

Murid kelas Tahun 1, seronok mengajar mereka PJ. Mereka lebih mendengar kata kita. Tapi, tapi, kalau nak bagi arahan pada mereka, kenalah ringkas dan mudah untuk mereka fahami. Jangan bagi arahan yang panjang-panjang. Kalau tidak, mereka akan terpinga-pinga. Saya dah pernah mengalaminya, tetapi sekarang ni dah boleh bagi arahan yang ringkas. Masih boleh diperbaikilah.. Hehe.. Yang seronoknya juga, Tahun 1 ni bersemangat kesukanan. Kalau mereka tak pandai buat sesuatu tu (contohnya melompat anak pagar), tentu akan menangis. Tapi, setiap kali PJ, kalau tak menangis, tak sahlah. Sekurang-kurangnya seorang menangis. Saya biar je, lama-lama mereka akan ketawa balik.

Apapun, kesimpulannya, kita kena pandai melayan kerenah murid. Murid suka bertanya. Kalau saya tak sibuk, saya akan melayan pertanyaan mereka tu. Tapi kalau saya sibuk, saya akan tutup pertanyaan mereka tu perlahan-lahan. Kalau boleh, saya tidak mahu matikan pertanyaan mereka itu. Biasalah kan, murid. Pemikiran baru nak berkembang, mereka dipenuhi dengan rasa ingin tahu. Kalau boleh, satu dunia nak diterokainya. Ada seminggu lagi untuk saya!!^_^

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^