Followers

Wednesday, April 20, 2011

Penggunaan Tanda Seru

Saya tidak berpuas hati sekiranya terdapat pendapat yang bercanggah. Semasa kuliah tadi, ada seorang ... ni, dia memberitahu format ayat yang menggunakan kata seru ialah macam ni :

> Amboi! Cantiknya baju awak.

Betul ke? Saya tak puas hati. Saya tetap dengan pendirian saya, menyatakan apa yang dia katakan tu dah salah. Saya belaja bahasa Melayu selama ini, walaupun saya tidaklah sehebat Usman Awang, tapi saya masih tahu penggunaan ayat seru dan tanda seru ni. Lalu, saya pun google dan cari kebenarannya.

Kepada mereka yang tak seberapa puas hati dengan saya, bolehlah rujuk di sini dan sini.

Dah rujuk? Puas hati tak? Jadi, saya masih tetap dengan pendirian saya, ayat bagi kesalahan yang si dia yang tak sepatutnya menjadi silap adalah berbunyi begini :

> Amboi, cantiknya baju awak!

Ha, macam ni barulah betul. Ya, saya memang kurang mantap dalam penguasaan bahasa Melayu, tapi sekurang-kurangnya saya masih tahu format yang betul. Walaupun saya bukanlah orang Melayu, saya akan tetap memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Lebih-lebih lagi warga pendidik. Walaupun bukan mengajar BM, tapi sekurang-kurangya bercakaplah dengan bahasa Melayu yang betul dan gramatis. Terima kasih. =)

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^