Followers

Saturday, May 21, 2011

Petang Yang Indah ~

Suatu petang yang indah...

Semasa menahan kelaparan, saya terfikir nak makan makanan yang pedas-pedas. Tapi berlaukkan ikan. Kebetulan 2 orang rakan ajak keluar ke Desa Ilmu untuk membeli makanan, lalu saya pun menyenaraikan apa yang saya ingin beli. Stok makanan masih ada. Saya merancang nak makan linut esok. Jadi, apa bahan yang sesuai untuk dimakan dengan linut agaknya? Dalam almari saya ada mi Mamee perencah ayam, sardin dalam tin dan kacang panggang dalam tin. Tak sesuai langsung. Apa yang sesuai dengan linut mestilah pedas dan masam. Jadi, saya memasukkan cili dalam senarai barang yang saya ingin beli. Cili, sayur berdaun (maklumlah jarang makan sayur kalau di bilik aja) dan juga buah pisang.

Balik dari Desa Ilmu, saya membuka tapau saya. Saya tapau nasi ikan masam manis. Nyum3... Tapi, saya nak makan pedas. Jadi, saya ambil pinggan kecil, masukkan kicap dan potong cili kecil-kecil. Sambil saya makan nasi, saya cicah sambal yang cukup simple ini. Fuh!! Memang nyaman. Teringat pula pada kampung. Kalau di kampung nak makan pedas-pedas, tentu ditentang keras oleh si adik perempuan. Dia tak tahan pedas. Huahaha..

Akhirnya habis juga nasi. Saya makan dengan begitu berselera sampaikan mesej dalam handphone sampai pun saya dah tak layan lagi. Berpeluh juga akhirnya. Maklumlah makan pedas. Boleh tahan juga. Sedap!^_^

Kenyang, tiba-tiba terfikir, 'Apakah kebaikannya makan cili?' Yang saya tahu dari orang, cili ni kalau dimakan banyak boleh menyebabkan apendiks. Betul ke? Saya malas pula nak google cari kenyataan tersebut. Tetapi saya rajin pula mencari apa itu kebaikan cili.

Kebaikan Makan Cili

  1. Buah cili yang pedas merangsang metabolisme dan meningkatkan suhu badan. Oleh itu, peredaran darah akan menjadi lebih lancar. =)
  2. Melalui apa yang saya baca, komponen dalam cili dapat mengurangkan, mengatur dan mengeluarkan lendir daripada paru-paru untuk menyembuhkan bronkitis, influenza, masuk angin dan asma. Patut la kalau kita makan pedas, hingus asyik-asyik menjenguk ke luar.
  3. Komponen dalam cili seperti flavoid dan antioksidan dapat melindungi tubuh daripada penyakit barah. Yang saya tahu, antioksidan itu untuk awet muda?
  4. Komponen dalam biji cili pula mampu mencegah jangkitan pada sistem pencernaan. Maklumlah bijinya sangat pedas. Ishh..
Rujukannya boleh didapati di sini. Selama ini, saya makan cili tetapi taklah banyak sangat sebab saya takut kena apendiks. Setakat ini, semasa saya rajin-rajinkan diri mencari kaitan cili dan apendiks, saya belum menemuinya lagi. Okeh! Saya nak mula ulangkaji sekarang. Macam banyak je lagi yang perlu saya baca. T_T

Jumpa lagi dan jaga kesihatan untuk kebaikan masa kini dan masa depan!=)

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^