Minggu pertama si Topang berada di rumah. Saya memandikan dia kerana badannya berbau dan satu kewajipan untuk memandikan dia kerana saya akan membawanya masuk ke bilik untuk dipeluk! Si Topang ni kucing jantan. Asalnya, mak panggil dia 'Opang' yang membawa maksud anak yang tak diterima (lebih sopan pengertian maksudnya). Rasa lain pula panggil nama macam tu, saya panggil dia 'Topang', cuma tambah huruf 'T' di depannya.
Selepas memandikan si Topang dan mengeringkan badannya (masa tengah mandi tu, memang dia menjerit-jerit kesejukan!), saya membawanya masuk ke bilik. Pada waktu tu, tengah hari. Jadi, waktu yang wajiblah untuk saya tidur siang. Hehe.. Agak tak best juga dipeluk, sebab dia kecil sangat. Kalau diikutkan, memang dia masih menyusu tu. Tapi bapa kata, maknya entah pergi ke mana. Sebab tu bapa bawa balik ke rumah. Giginya masih kecil sangat lagi sehinggakan saya sanggup 'kikis' duit mak minta belikan makanan kucing yang masih kecil. Jahat kan saya ni? Huhu.. Terima kasih mak ~
Kalau diperhatikan betul-betul, muka Topang ni macam kelawar pula. Hitam sangat. Misainya hitam, matanya hitam. Pernah tengok kelawar dari dekat tak? Saya pernah. Sentuh pun ada. Comel, tapi muka ada sikit-cikit macam anjing atau kucing. Nak tengok macam mana rupa kelawar? Pergi sini.
Ini gambar Topang yang sedang bermanja dengan mak. Dia naik atas meja, takda pula mak marah. Saya pernah rotan guna newspaper, tapi bapa tegur saya terlalu garang pula. Bah2, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Huhu..
Hitam sangat! Tapi comel~ Sayang sangat pada Topang. Menariknya, Oren dah dapat terima si Topang ni. Si Orak yang masih tak dapat. Tak tahulah kenapa. Cemburu katakan. Si hitam bayang-bayang. ^_^
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^