Semalam, selepas membasuh pakaian yang berlambak tu, saya menyaksikan sesuatu yang menyenangkan hati saya. Anak-anak siti dah boleh makan!^___^
Baru semalam saya menyuakan ikan kering di mulut salah seekor daripada anaknya, tapi dia cuma hidu-hidu je, lepas tu pergi meninggalkan saya. Haha! Dah besar dah anak-anak Siti. Comel pula tu~~
Gambar di bawah ni semasa mereka baru berusia tak sampai 1 bulan. Masa mula-mula buka mata. Saya ambil gambar yang pertama ni, saya lihat mukanya macam muka Jo Bohem semasa dia masih kecil. Kuat kan daya 'ubahsuai bentuk muka' saya? Muka kucing dikatakan muka manusia. Hanya pencinta kucing yang tahu.
Gambar di bawah ni gambar anak-anak Siti yang dah aktif. Sepanjang minggu ni, memang mereka sangat aktif. Suka berlari-lari, masuk ke dalam kotak kasut orang.
Anak-anak Siti ada 5 kesemuanya. 2 berwarna jingga, 3 sebiji macam Siti. Selepas 2-3 minggu dilahirkan, seekor yang berwarna jingga mati dimakan oleh Siti sendiri. Masa tu masih dalam pantang - kucing yang baru berusia belum sampai 1 bulan tak boleh disentuh, kalau disentuh juga,, si ibu akan makan anaknya kerana disangkakan benda lain. (Faktor bau tangan manusia juga agaknya)
Selepas berusia 1 bulan, mak cik cleaner mengambil seekor lagi yang berwarna jingga. Jadi sekarang yang tinggal ialah anak-anak yang sebiji macam Siti. Comel juga. Dan yang saya hairan, adakah semua kucing banyak warna (jingga+hitam+putih) mesti akan betina? Semua kucing banyak warna yang saya jumpa sememangnya betina. Kejadian ajaib yang diciptakan oleh-Nya.
._.
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^