Followers

Sunday, August 14, 2011

Punca Sembelit?

Pagi-pagi sudah sembelit. Semalam, sememangnya saya tidak langsung membuang air besar. Pagi tadi, perut rasa tak selesa lalu saya ke tandas. Tapi apa terjadi? Saya mengalami kesukaran untuk membuang air besar. Saya mengambil masa yang agak lama (lebih lama daripada biasa) untuk menyelesaikan tugas 'melabur'. 

Sepanjang tempoh berusaha keras tu, saya memikirkan kenapa boleh sembelit? Baru saya sedar, sepanjang minggu ini saya kurang makan sayur dan buah. Seminggu ni, baru kali ini saya makan buah - nanas. Terima kasih Emidi yang cantik sebab bagi nanas pada saya.=)

Selepas melalui zon selesa, duduk-duduk, saya mencari punca sembelit di internet. Memang banyak puncanya dan banyak yang betul-betul dipanah tepat mengenai saya.


Punca sembelit :

:. Kurang mengambil makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan .:
:. Kurang minum air .:
:. Kurang bersenam atau kurang pergerakan .:
:. Selalu melengah-lengahkan proses pembuangan air besar .:
:. Faktor emosional seperti tekanan perasaan .:
:. Berkaitan hormon seperti hamil dan kedatangan haid .:
:. Otot perut dan usus semakin lemah (warga tua) .:
:. Pengambilan makanan tambahan seperti zat besi .:
:. Kesan ubat-ubatan seperti ubat batuk (codein), ubat gastrik (aluminium/kalsium), penenang .:

Setiap masalah ada ubatnya. Tak susah nak atasi masalah sembelit ni.. Mari kita lihat :

Cara mengatasi :

:. Banyakkan pengambilan serat .:
:. Banyakkan minum air serta bersenam .:
:. Jangan menahan untuk membuang air besar!!! .:

Masalah ini tak boleh dibiarkan berlarutan kerana sangat merbahaya kepada kesihatan. Antaranya ialah sembelit boleh mendorong kepada gejala buasir keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).

Namun, jangan pula malu untuk berjumpa doktor kalau mengalami sakit buasir. Kadangkala, kesukaran membuang air besar dan najis berdarah juga sebenarnya ialah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus

Oleh itu, jangan memandang ringan terhadap sembelit ni. Bahaya juga kan. Saya teringatkan pesan mak, banyak-banyakkan makan buah pisang. Ya, lama tak makan pisang.. T_T

._.

3 comments:

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^