Followers

Friday, September 30, 2011

Cerita Tentang Tandas


Cerita ini berlaku pada hujung minggu yang lepas.

Kalau saya bercerita tentang tandas pada mak saya, dia akan terkejut. Kenapa pula dia terkejut? Saya ceritakan yang saya hanya buang air besar 3 kali sahaja dalam seminggu. Lalu, mak saya menyerahkan 2 pek teh - Natural Clenx Tea (teh menguruskan badan agaknya, yang saya selalu nampak di bilik seorang teman. Hehe..), disuruhnya saya minum teh tersebut 1 pek 1 malam. Dia jamin saya akan buang air besar pada keesokan harinya. Saya dengan penuh keyakinan minum teh tersebut pada malam harinya sebelum saya tidur. Dengan harapan saya akan membuang segala ‘sisa’ pada keesokan harinya. Bukan nak kurus ya! Nak kata saya ni dah cukup kurus, tak juga. Tapi kata orang, sedang-sedang. Cuma pendek. Heheh..

Keesokan harinya, saya bangun awal. Kononnya bersedia untuk ke tandas. 1 jam, tiada rasa. 2 jam, tiada. 3 jam, saya hampir-hampir nak tidur balik. Jam seterusnya, saya bangun mandi, menjalani kehidupan seperti biasa. Saya langsung tak membuang air besar. Saya memberitahu mak berkenaan hasil teh tersebut. Berikut merupakan jawapan paling selamat dari mak :

“Kamu langsung tidak mempunyai lemak dalam perut, sebab tu teh tersebut tak berkesan langsung! Nak cuba ubat bom tak?

TAK NAK!!!! Ubat bom? Tahu tak? Ubat yang berbentuk bulat, kemudiannya dicucuk pada lubang *tuuttt****, dalam masa beberapa saat kita akan ke tandas. Adik saya pernah mengalaminya semasa kecil. Mak cucuk je ubat tu ke lubang untuk dia kentut, dalam masa tak sampai 2 saat dia akan berlari ke tandas dan, BUOSHHHH!!! Memang menakjubkan. Sekarang ni mak sarankan saya guna ubat tersebut. Saya tak nak. T_T

Kak Sunshine pernah sarankan supaya saya makan buah prune. Setakat ini saya langsung tak memandang pun buah prune. Sunsweet tu kan, kak? Agaknya, saya akan ke Desa Ilmu nanti, pergi Everrise, beli Sunsweet tu. Sembelit, sembelit, sembelit. Usaha minum teh pada hujung minggu tu tak berjaya, saranan mak untuk ambil ubat bom tak diguna pakai. 


Kalau difikir-fikirkan, sememangnya saya tak mengambil makanan berkhasiat kalau saya di asrama. Makan buah? Seminggu sekali agaknya. Kalau di kampung saja saya makan buah. Cukup puas kalau di kampung. Ada betik, pisang, nanas. Semuanya saya suka. Sayur? Makan di luar, jangan selalu. Elaun cuma cukup-cukup untuk lebih kurang RM50 seminggu untuk makan. Yang lain-lain untuk beli barang, buku (saya suka kumpul buku, tapi tak baca habis. Bagi kat anak je kelak. Huahaha). 


Duit, cukup memang cukup, tapi makanan yang dijual kebanyakannya nasi ayam sahaja. Saya bosan. Apabila saya bosan, saya akan makan apa saja asal kenyang. Mi, biskut, kekacang, coklat.

Sunsweet, tunggu saya di Everrise!

._.

2 comments:

  1. jom cuba nasi lemak kat Taman Ara,Penang nanti adik akan jd rindu pd nasi lemak.....

    ReplyDelete
  2. Jauhnnya saya nak cuba nasi lemak, kak.... Kirim kat akak jelah, minta akak makankan untuk saya.. Hehe..

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^