Followers

Thursday, September 15, 2011

Majlis Ramah-tamah Aidilfitri

Majlis Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Jabatan Kajian Sosial semalam meriah! Saya bertugas sebagai AJK Makanan, jadi saya beruntung kerana dapat mencuba pelbagai jenis kek lapis yang begitu membangkitkan selera semasa membantu pensyarah memotong kek. Jadi, sambil potong kek, saya mencuba kek tu. Konon-kononnya kalau beracun, kami (saya, Kak Chah dan Rachel) yang kena dulu. Tapi sampai sekarang masih sihat walafiat..^_^

Perut tak boleh penuh sangat, sebab nak makan makanan berat lagi. Apabila makanan berat dah sampai, baunya sangatlah semerbak! Ada sate, rendang ayam, sayur campur (ke?), sambal asam, sosej, honeydew.. Tak sabar-sabar rasanya nak makan. Sambil menunggu kedatangan tetamu kehormat (Pengarah IPG Kampus TAR), saya mengambil gambar. Suasana di Hari Raya..=p







Teman rapat saya - Kak Chah dan Rachel.^__^




Saya minum air kosong je walaupun air sirap dan air bandung turut disediakan. Diet konon. Huahahaha..

Gambar semasa orang tengah menjamu selera pula, saya tak ambil langsung kerana saya bertugas di bahagian makanan. Selesai saja bertugas, saya terus menyantap! Nyum3....

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^