Followers

Sunday, September 4, 2011

Takziah..

Selamat pagi..

Malaysia menghantar misi menghantar bantuan ke Somalia dengan harapan untuk mengurangkan beban rakyat di sana yang menderita kebuluran.. Tetapi amat menyedihkan kerana mereka pulang dengan membawa jenazah. Tembakan curi yang mengakibatkan kematian seorang wartawan Bernama serta kecederaan seorang lagi wartawan sememangnya mengejutkan. Siapa agaknya yang melakukan serangan tersebut? Agak geram juga, wakil Malaysia sampaikan tak beraya bersama keluarga kerana mahu menyelesaikan misi negara. Tetapi inikah balasannya..? Saya terharu apabila mendengar berita di TV3 bahawa arwah Noramfaizul Mohd Nor meninggalkan 2 orang anak kecil berusia 3 dan 8 tahun. Sebak rasanya... Saya harap semoga anak-anak arwah berjaya kelak, dapat membalas jasa ibu mereka yang bertungkus-lumus membesarkan mereka seorang diri..

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^