Cikgu : Buat bunyi
kucing.
Murid : Kucinggg....
Cikgu : Bukan macam tu.
Okey, sekarang buat bunyi lembu.
Murid : Lembuuu....
Cikgu menggeleng-gelengkan kepala.
Inilah situasi yang selalu dihadapi oleh guru di sekolah,
terutamanya bakal guru seperti kami. Lain yang disuruh buat, lain yang dibuat.
Lain yang cikgu kehendaki, lain yang murid lakukan. Lain yang diminta, lain
yang diberi.
Murid bodoh? Tak. Murid tak bodoh. DIA dah menganugerahkan
akal yang sempurna (kecuali pada mereka yang istimewa), badan yang sihat dan
cergas. Murid tak dengar kata? Mungkin juga. Kenapa murid tak dengar kata?
Satu, murid tak memahami kehendak soalan atau arahan atau
kemahuan cikgu. Contohnya macam situasi tadi. Sepatutnya cikgu kata macam ni, “Buat
bunyi kucing mengiau.” Barulah murid akan faham.
Dua, murid tak suka pada cikgu tersebut. Kenapa agaknya?
Teliti kelemahan diri. Jangan salahkan murid. Sebagai cikgu, kita harus memperbaiki
setiap kelemahan yang kita ada. Itulah gunanya buku RPH. Ada refleksi diri
selepas P&P. Dalam refleksi diri tersebut, kita lihat sama ada objektif
P&P tercapai ataupun sebaliknya.
Apapun, saya ada 2 tahun lagi untuk menghabiskan pengajian
di IPG Kampus Tun Abdul Razak. Cukupkah segala ilmu yang saya pelajari di sini?
Bagi saya, masih tak cukup. 5 tahun setengah di sini masih tak mencukupi bagi
saya untuk menjadi seorang guru yang konsisten, inovatif, dan apa-apa lagilah
sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang guru.
Usaha harus ada. Ketabahan diri, kesabaran dan kekuatan
minda dan jiwa jangan tiada. Saya harus belajar menjadi kuat. Dari segi JERIS.
Jangan pula apabila dah keluar mengajar ke kawasan pedalaman/ bandar sepenuhnya
kelak, saya jadi tak kuat. Saya harus bersedia. Sememangnya saya gementar! T_T
._.
Tweet
Salam..
ReplyDeleteBagus post ni :)
BTW dah jadi cikgu nanti, realitinya sangat mencabar..praktikum boleh dijadikan pengalaman. Kuatkan hati untuk masuk ke sekolah nanti :)
Tu la yang saya risaukan, bang syam..
ReplyDeleteSaya takut saya tak kuat..
Minggu praktikum sememangnya mencabar,
lagipun harus ada hubungan yang baik dengan cikgu-cikgu di sekolah..
Macam mana dengan bang syam?=)