Apabila saya melihat dia tu, saya teringatkan baju saya yang dipinjamnya. Agaknya dah berapa lama dah eh? Masih segar di ingatan saya, masa tu dia ikut kawan-kawan abang saya balik kampung. Mereka pergi bermandi-manda di sungai kampung kami. Indah~
Balik kepada si dia ni tadi, dia tak membawa baju lebih untuk ditukar selepas bermandi-manda. Okey, saya ni tak lokek. Saya tak kisah pula nak bagi pinjam barang. Saya bagilah baju saya yang okey sikit. Bukannya baju buruk, saya jarang pakai pula baju tu. Dengan harapan dia bagi balik apabila dah balik semula ke asrama nanti. Dah beberapa bulan berlalu, tapi hampa. Dia langsung tak pandang saya apabila terserempak dari jauh. Malah dia ikut pula jalan lain. Pendek kata, kami tak pernah bersua muka lagi selepas itu. Saya dah beberapa kali pesan kepada kawan abang saya, supaya minta budak tu kembalikan baju saya. Tiada jawapan. Sampai bila dik? Eh, dia sebaya saya. Tapi dia junior saya. Huhu..
Pulangkanlah~ Pulangkanlah~ Kalau tidak, saya akan menghantuimu~ ~
Kenangan saya pakai baju oren tu. Masa tu, kami pergi menanam pokok di Muara Tabuan sempena Hari Merdeka kalau tak silap. Kalau silap, cuba betulkan. Eh, saya nampak muda pula dalam gambar tu. Maklumlah tahun 2008, masa berlalu tanpa menunggu kita.
._.
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^