Followers

Tuesday, May 22, 2012

Mendengar Guruh di Langit...

Air di tempayan dicurahkan? Tak, tak.. Mungkin hari nak hujan, mungkin juga tak jadi hujan. Seperti petang ni. Guruh kedengaran, tapi langit tak mendung macam nak hujan. Biasa-biasa saja.

Duduk kekenyangan, baru lepas makan keropok lekor dan cucur udang. Untuk pengetahuan semua, baru minggu lepas badan saya gatal-gatal teruk akibat alergik kepah yang dibeli di Kampung Buntal, Santubong, Sarawak. 

Mula-mula, saya ingatkan badan berkurap sebab banyak bintik-bintik merah timbul. Bukan main lagi paksa kucing mandi, takut ada kutu kucing kononnya. Tapi selepas makan mi yang mengandungi udang, bintik-bintik merah semakin banyak dan menggatal. Akhirnya saya ke klinik dan doktor mengesahkan saya alergik! Jangan makan kepah, kerang dan udang katanya. Darah kotor! Uwaaa....

Diberi krim sapu dan pil, 2 jenis. Belum habis lagi ubat tu. Saya dah berhenti makan. Tapi tadi terbeli cucur udang, makan jelah. Kalau alergik lagi malam nanti, ada ubatnya. Tapi sayang, badan yang tiada berbekas jadi berbekas kerana alergik. Takpalah, makan sayur dan buah-buahan, sekejap je bekasnya. Hihi..

._. 

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^