Followers

Tuesday, June 26, 2012

Bersyukur

Selamat pagi semua..

Pagi ini mood saya berada pada tahap yang sederhana, konsisten.. Biasalah, mood saya ni selalunya naik turun. Tapi awal-awal pagi macam ni, bangun awal, mandi awal, jadi rasa tenang je..=)

Saya bersyukur kerana masih dapat membuka mata pada pagi ini untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan ini. 

Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, masih mampu berlari ke sana ke sini, diberi fizikal yang sempurna.

Saya bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa yang tercinta, adik-beradik yang comel dan memahami (huaha!) serta saudara-mara yang rapat serta sentiasa membantu di saat kesusahan.

Saya bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan, tak kiralah yang baik ataupun yang buruk. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan pengajaran. Saya bersyukur kerana mengenali mereka.

Saya bersyukur kerana diberi kehidupan seperti sekarang ini. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, saya akan sentiasa berusaha untuk menanganinya dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Saya bersyukur kerana mempunyai anda yang membuatkan saya sentiasa tersenyum bahagia.=)


._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^