Percaya atau tidak, burung enggang jenis yang setia pada satu pasangan sahaja. Info ini saya dapatkan dari sini. Hebat kan burung enggang ni?
Burung enggang dikatakan mengawan pada musim panas iaitu sebelum bulan September. Pada bulan Januari hingga Jun, burung ini akan membuat sarangnya. Untuk pengetahuan kita, burung enggang ni akan bertelur sebanyak 2 biji sahaja dan lazimnya hanya 1 biji sahaja yang berjaya menjadi anak enggang yang comel.^_~
Keistimewaannya, enggang ini mengamalkan monogami - memiliki satu pasangan sahaja sepanjang hayatnya. *Terharu* Isk, isk, isk... Jika pasangannya mati, si enggang ni takkan 'kahwin lain' dan kekal bersendirian seumur hidup. Setianya...
Patutlah enggang ni spesies haiwan terlindung kan? Beranak baru seekor, setia pada pasangan pula tu.. Tapi memang istimewa..^_^
**Perasan atau tidak, kenapa gambar enggang yang saya cedok dari gugel ni semuanya pandang ke kanan ek? Siapa di sebelah tu??? Jangan pandang tepi.....
._.
Tweet
oo ye ke...baru tau...hebat!!
ReplyDeleteyaa...
ReplyDeletehebat kan??^_^