Followers

Monday, July 23, 2012

Isu : Murid Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Membawa telefon bimbit ni ada kebaikan, ada juga keburukannya. Di sini saya ingin utarakan pendapat saya berkenaan baik buruk membawa telefon bimbit ni (untuk yang tinggal di asrama laa..), kerana saya pernah tinggal di asrama dan pernah membawa telefon bimbit ke sekolah. Hik hik hik..=p

Kebaikannya
  1. Boleh telefon mak bapa ataupun adik-beradik bertanyakan khabar, mengeratkan hubungan.
  2. Digunakan semasa kecemasan, contohnya sakit perut tengah-tengah malam. Warden takkan bangun pun tau..(dah ada pengalaman)

Keburukannya
  1. Pelajar (maklumlah usia remaja ni) lebih banyak meluangkan masa untuk menelefon girlfriend/ boyfriend berbanding untuk belajar/ menyiapkan kerja sekolah.
  2. Pelajar berSMS dalam kelas, terutamanya waktu P&P.
  3. Menjadi sasaran ragut penjenayah kalau pergi ke pasar
  4. Menyalahgunakan telefon bimbit dengan mengambil video cikgu tengah mengajar.
  5. Peningkatan pembikinan filem l***h. Rata-ratanya murid sekolah tau….(mengecewakan).

Apapun, membawa telefon bimbit membawa lebih banyak keburukan. Kalau nak berhubung dengan mak bapa (katakanlah bapa lewat ambil dari sekolah), boleh guna telefon sekolah sebenarnya. Kerajaan yang bayar bah.. Lagipun telefon awam masih ada sekarang ni. Pada usia remaja ni, macam-macam boleh berlaku. 
 
Kalaulah telefon bimbit memang dibenarkan dibawa ke sekolah, sebelum bermulanya waktu P&P saya akan suruh murid letak handphone dalam bakul atas meja guru. Saya menaip entri ini berdasarkan pengalaman.=)
 
Ada lagi penambahan?? Kemukakan di ruangan komen yaa..^_^
 
._.

5 comments:

  1. lebih byk keburukan.. budak skg ni nk seronok je, tak percayalah budak2 ni fikir nk beljar je kalau dah asyik berkepit dgn henpon tu..
    (pandangan peribadi kita je tau ni)

    ReplyDelete
  2. kalau boleh bawak elok jugak..
    ble contact adik yg masih sekolah dkt johor..
    kalau tak tnggu die call je lah..
    tapi die memang tiap2 hari call mak..
    call hari2 tp kejap2 je..

    masa sekolah asrama dulu akak bwk henfon g sekolah..hihi..
    degil kan..haha..

    ReplyDelete
  3. babycomel,
    betul betul betul (upin ipin)..
    maka berlaku la persaingan krn nak menunjukkan hp siapa paling terbaru..
    huhuhu...

    Didie,
    saya dulu pun bawa handphone juga kak...
    yang peliknya, kalau ada spotcheck saya akan terlepas..
    haha!

    ReplyDelete
  4. saya nak kena berdebat pasal larangan bawa telefon bimbit ke sekolah.. jadi pembangkang,kenalah menyokong bawa telefon ke sekolah... x de idea ni ... semuanya menjurus kepada kesan yg negatif... TOLONG!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. positifnya, guru boleh mengaplikasikan TMK dalam bilik darjah.. TMK memang ada dalam kurikulum P&P.. guru boleh bg mesej pada semua murid *bagi arahan pd mereka mengenai sesuatu tugasan* dan murid belajar bertindak mengikut arahan..kedua, hp ni boleh guna pada masa kecemasan.. ketiga, kalau berlaku kes di asrama, murid ambil la gambar sebagai bukti.. keempat, hubungan dengan keluarga.. kelima, murid belajar untuk berjimat cermat.. keenam, sebagai motivasi diri murid.. nak debat ni, mesti lihat dari sudut fizikal, mental, persekitaran, psikososial.. hehehe...mesti sokong pendapat sendiri.. *macamlah saya ni pandai berdebat...*

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^