Salam sejahtera semua ~ ~
Saya baru lepas potong kuku. Semasa potong-memotong tu, saya tertanya-tanya. Kenapa kuku jari tangan cepat panjang? Saya potong kuku jari tangan je tadi, kuku jari kaki pula masih pendek. Kenapa ya? Kenapa? Ajaib kan?
Lalu saya membuat sedikit rujukan di internet. Chewah! Sebelum itu, saya ingin berkongsi mengenai fungsi kuku dulu ;
- Kuku berfungsi sebagai pelindung kepada hujung jari kita. Sebab itulah kalau kita potong kuku pendek sangat, sakit kan? Hujung jari kita ni sensitif tau..
- Kuku juga menambahkan sensitiviti kepada deria sentuh. Rasanya, sebab itulah kita akan rasa ngilu kalau kuku kita terkena benda yang kasar ke, menggerutu ke.. Kuku ni lebih sensitif..=)
Nak tahu kenapa kuku jari tangan cepat panjang? Sebabnya ialah, kita lebih banyak menggunakan tangan berbanding kaki kita untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi, tangan kita lebih banyak terdedahlah.
Contohnya, kita makan, membasuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita..=)
Untuk pengetahuan kita juga, memotong kuku ni pun ada harinya tau. Saya masih ingat lagi pesan cikgu saya dulu. Kalau boleh, potong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Tak terfikir pula kenapa. Yang pastinya, saya sentiasa mengamalkannya sehinggalah sekarang. Hihi..
Sekian ya!^_^
._.
Tweet
lepas ni kalau kuku panjang, cuba potong pulak padahr selasa..agak2 jd ape?
ReplyDeleteDah terbiasa memotong kuku hr isnin..
ReplyDeletelepas mandi, scr automatik akan potong kuku..=D