Followers

Sunday, July 22, 2012

Melawat Baazar Ramadhan

Saya ingin berkongsi kisah saya 'bertandang' ke baazar Ramadhan semalam. Disebabkan kawan-kawan semua dah balik kampung (maklumlah 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu), saya keluar seorang jelah. Pada masa saya nak keluar tu, cuaca okey je. Mood pun okey juga, teruja nak melawat baazar tu. Teruja nak memilih makanan yang pelbagai dan murah pula tu.. Kawan lelaki berkirim ayam percik. Sejujurnya, saya tak kenal langsung apa itu ayam percik!=D 

Sampai sahaja di sana, hujan dengan lebatnya! Kanopi tempat tu bertambah sesak kerana masing-masing tak mahu kena hujan. Nasib baik saya bawa payung. Sempat juga memayungi seorang kakak yang membawa anak kecilnya. Yang membuatkan saya rasa kesal dan geram, ramai yang membawa anak kecil ke tempat sesak sebegini. Ada pula yang membawa 4-5 orang anak. Sesak tau.. Berkepit-kepit bagai. Tidakkah mereka tahu, di tempat sebeginilah yang boleh membawa kepada penyakit, terutamanya HFMD tu? 

Dalam bersesak tu, saya mencari-cari di manakah letaknya ayam percik. Saya tanya kepada seorang kakak bagaimanakah rupa ayam percik. Bukan main lagi berbahasa Melayu Sarawak indah, rupa-rupanya kakak tu orang Semenanjung! Haha! Kakak tu beritahu, ayam percik ni selalunya disepit dengan kayu buluh (kalau tak salah dengar semalam) dan mempunyai kuah. Saya pun mencari dan mencari dalam kesesakan tu. 

Kadang-kadang terasa seperti belakang badan saya ditolak. Sesak sangat tau! Tambah lagi dengan hujan yang lebat ni. Ayam percik yang dicari, tak jumpa. Rasa nak nangis pun ada.. Saya sempat beli ikan keli (RM6) dan ikan pari panggang (RM4). Nyum nyum nyum..

Masih teringat amanah! Ayam percik! Dalam pusing-pusing tu, ternampak ayam yang dikepit dengan batang buluh! Saya tanya tuan punya gerai bagi memastikan itu ialah ayam percik ataupun sebaliknya. Beliau mengangguk. Dibungkusnya ayam percik yang tinggal satu tu. Saya ingatkan dia nak bagi saya, rupa-rupanya ada orang dah menunggu untuk ayam percik tu! Dan habis dah....T__T

Dalam kekecewaan, saya bersesak-sesak lagi, kembali semula ke gerai yang menjual keli panggang untuk membeli keli untuk kawan lelaki tu.. Huhu...

Walaupun pelbagai dugaan, saya takkan berputus asa! Isnin ini saya akan pergi lagi! Haha!!

._.

3 comments:

  1. comey nyer story...ayam percik tu sedap tau..kuah dia tu,esok herma try plak ok?

    ReplyDelete
  2. best nyer dapat pegi bazar..
    akak masih x berpeluang lg nak pg..
    Insyaallah ptg ni..
    nk cari kurma..

    ReplyDelete
  3. Iam Yanty,
    esok saya keluar pg bazar lagi.
    nak rasa bgmn rasanya ayam percik..=p

    Didie,
    harap akak dh pergi bazar!^_^

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^