Followers

Monday, July 23, 2012

Saya Mementingkan Diri Sendiri Kah..?

Selamat pagi dan salam sejahtera ~

Saya ingin bertanya, saya ni jenis yang mementingkan diri sendiri kah? Cuba baca dulu cerita saya ni, walaupun saya tak pandai nak menyampaikannya. Apapun, sila bagi pendapat ya..=)

Kami melakukan kerja berkumpulan. Satu kumpulan ada 4 orang. Setiap pekerjaan, kami lakukan sama-sama tanpa ada sebarang masalah. Segala pekerjaan saya lakukan seikhlas hati tanpa mengeluh. 

Selepas menyelesaikan kerja kami itu, kami dikehendaki menyiapkan laporan akhir secara individu dan perlu dihantar kepada pihak atasan pada hari Jumaat. Sememangnya dah berjanji untuk menghantar sama-sama pada keesokan harinya. 

Disebabkan saya ni jenis yang 'last minute', saya berusaha menyiapkannya pada Khamis malam itu. Akhirnya selesai pada jam 3 pagi. Memang penat, tapi ianya memang perlu dihantar pada hari Jumaat seperti yang dijanjikan.

Pada keesokan harinya, saya pun dengan penuh keyakinan membawa laporan tersebut untuk dihantar. Tapi.. Mengecewakan, rakan sekumpulan pula belum menyiapkan laporannya. Minta sama-sama hantar pada hari Isnin pula.

Saya dalam dilema. Sama ada saya patut mengamalkan pepatah 'susah senang sama dilalui' ke, ataupun sebaliknya. Setelah memikirkan baik buruknya, saya berkeputusan untuk menghantar laporan individu saya pada hari Jumaat tu juga. Manakala rakan sekumpulan pula akan menghantarnya pada hari Isnin ini.

Jadi, saya ni mementingkan diri sendiri kah..? Saya tertanya-tanya, adakah mereka memikirkan saya ni mementingkan diri sendiri..=(

._.

3 comments:

  1. bagi saya rakan cikgu yg mementingkan diri..tanpa rasa bersalah minta tunda ke hari lain, padahal cikgu dh berusaha untuk siapkan seperti yg dijanjikan...

    ReplyDelete
  2. Thanks untuk pendapat en.Roym..
    sekurang-kurangnya lega sikit hati saya..
    huhu..

    ReplyDelete
  3. jgn peduli apa kata orng,yg penting kita buat kerja kita

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^