Followers

Saturday, August 18, 2012

Kata Dasar Kebajikan Ialah Bajik.=)

Salam sejahtera dan selamat pagi warga dunia..=)

Ingat tak, sebelum ni saya pernah berkongsi pengetahuan mengenai penggunaan perkataan 'walau bagaimanapun'? Kalau anda lupa, boleh rujuk SINI.

Selepas saya memasukkan entri tersebut, terdapat seseorang insan yang bertanyakan soalan kepada saya dalam ruangan komen. Saya suka akan soalannya itu. Soalannya berbunyi begini :


Selepas membaca soalannya itu, saya terus berfikir dan berfikir. Memang betul, selama ini saya tak pernah terfikir, kata dasar untuk kebajikan ialah bajik, tapi perkataan bajik tak pernah digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Langkah pertama yang saya lakukan ialah dengan merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga. Memang kata dasarnya ialah bajik.

Saya masih tak berpuas hati. Lalu, saya pun pergilah ke Jabatan Pengajian Melayu untuk berjumpa dengan pensyarah dan bertanyakan hal itu kepada mereka. Ada 3 orang pensyarah yang saya jumpa. Jawapan mereka berbunyi begini :
Perkataan bajik tidak dapat berdiri sendiri melainkan ianya menggunakan kata imbuhan ke...an.

Agak berpuas hati. Kemudian, untuk mendapatkan jawapan dengan lebih jelas, saya pergi ke blog Cikgu Abdul Ghalib Yunus. Di bawah ini merupakan jawapan beliau bagi persoalan yang saya utarakan:


 
Akhirnya saya berpuas hati. Sebenarnya, saya dah awal-awal jawab persoalan Encik Azlan Ahmad tu sebelum saya berjumpa pensyarah dan bertanya kepada Cikgu Abdul Ghalib Yunus.. Tapi, manalah tahu jawapan saya salah kan.. Hehe.. Ni dia jawapan saya hari tu :

Minta maaf ye kalau BI saya errr....
 
Sekarang ni saya nak sertakan contoh perkataan lain yang tak dapat berdiri sendiri tanpa imbuhan (bukan ke..an sahaja.. hihi..). Antaranya ialah :

  1. tapa - kita mesti tambah 'bertapa', 'pertapaan', kita tak pernah guna tapa saja kan?
  2. mudi - tak pernah kan kita guna mudi saja? Kita akan guna 'kemudian', 'muda-mudi', 'kemudi'..=)

Masih nak contoh lain? Contoh lain ialah ..........................
Kelantan. (Ke....an juga kan? Hehehe)
Orang Kelantan jangan marah yaa... Main-main saja...=p
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
._.

11 comments:

  1. xpernah terfikir pun akan hal ni tau ;) hehe,

    ReplyDelete
  2. Hi again!

    Now you make me noticeable. Thanks for your info. Really appreciate your effort. Your attitude will make you a very good teacher.

    I however more comfortable when writing in english. I learn english just by watching english league football back in the 80's. Actually i'm still watching football now. It's very good to learn english because there's distraction in the form of subtitle etc. Also good way to learn how to pronounce the words correctly and speak the language proper way.

    But the language i loved most is Arabic. I learn it for the religious purpose. Very beautiful language. Each time i read or listen or speak in this language i still amazed by its beauty and complexity.



    ReplyDelete
  3. hehe. mena juak ow ttg kelantan ya...hehehehe :D btw, cantik ktk koh. suka kak zie tengok :D

    ReplyDelete
  4. hehe. mena juak ow ttg kelantan ya...hehehehe :D btw, cantik ktk koh. suka kak zie tengok :D

    ReplyDelete
  5. hmmm...tak perasan lak pasal bajik tuh selamo nih...huhu

    ReplyDelete
  6. baby comel,
    saya pun x tfkr sblm ni..hehe..

    azlan ahmad,
    you must be proud bcause you know more languages..=)

    zie madini,
    kmk dh dlte gmbr kmk ya.. malu... hahaha..

    papa mifz,
    kita mesti hidup dgn penuh rasa ingin tahu..=p

    ReplyDelete
  7. dkna abza,
    selamat hari raya juga..
    dah 6 Syawal dh hr ni..=)

    ReplyDelete
  8. No, not proud. Just a sense of grateful to The Almighty One. How can you feel proud for things not yours.

    You got me wrong there.

    ReplyDelete
  9. aku mad,
    bajik dlm bhs iban bermaksud cantik kan..=)

    azlan ahmad,
    misconception..=p

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^