Followers

Sunday, August 26, 2012

Kenangan Saya Di Sini

Selamat pagi.. 

Bangun pagi tadi, saya terus memandang ke luar tingkap. Hujan! Lama dah tak hujan sebenarnya.. Patutlah sejuk je.. Hujan rahmat..=)



Snap! Snap! Saya mengambil gambar sekeliling. Untuk dijadikan kenangan apabila dah bekerja nanti. Untuk pengetahuan semua, tahun ini merupakan tahun terakhir saya di sini. Pelbagai kenangan pahit manis saya di sini. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati kehidupan di sini.=)

Nampak tak Kancil biru yang buruk tu? Itulah Kancil saya, yang saya beli second-hand atas nama mak saya pada tahun 2009. 

Dengan elaun sebanyak lebih kurang RM700 sebulan, saya gunakan RM300 untuk bayar Kancil ni. Tujuan utama saya beli Kancil ni dulu supaya senang nak balik kampung berjumpa mak. RM400, cukup la buat makan. No shopping-shopping. Haha!

Sekarang dah banyak berjasa tau.. Saya praktikum pun guna Kancil buruk ni.. Terima kasih Kancilku sayang...^__^

Dah, berhenti jiwang. Saya dah lapar ni. Jom jom minum.. Lapar.. Minta kuih raya...T_T


._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^