Followers

Tuesday, August 7, 2012

Khasiat Kacang Badam

Dah berbuka puasa ke belum??

Kebelakangan ini, nafsu makan saya membuak-buak tau.. Suka sangat mengunyah. Orang lain berjaya menurunkan berat badan pada bulan Ramadhan ni, saya pula BERJAYA menaikkan berat badan. Huahaha! Berat badan saya sekarang....15+16+18=?

Lain tajuk, lain pula cerita saya. Haha! Saya nak kongsi apa yang saya tengah makan sekarang :

Kacang badan/ Almond=)

 

 Sambil makan kacang yang sedap ni, saya selidik pula khasiatnya.

  1. Antioksidan - kacang ni mengandungi vitamin E semula jadi..=)
  2. Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung
  3. Menghalang obesiti 
  4. Menghalang batu karang dan osteoporosis (osteoporosis mudah menyerang perempuan tau..)
  5. Badam mengandungi asid folic. Wanita hamil, makanlah badam..

Haa... Macam mana? Jom la ke kedai runcit sebelah tu untuk beli kacang badam ni. Ada satu lagi info yang menarik perhatian saya mengenai kacang badam ni :

Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu. (Rujukan)

Suka tak?? Saya suka badam ~ ~

._. 

7 comments:

  1. akak pun suka badam...tapi tak selalu makan ler..sakit gigi lorr

    ReplyDelete
  2. Follow me ye :)
    ismyasmaaqilah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kak Tie : tedah..makan makanan berkhasiat yg lain..=)

    ReplyDelete
  4. dekat nak raya tok... gago cari badam tok k molah kuih raya.. hehehe

    salam kenal ktk... :)

    ReplyDelete
  5. wah~
    sedap mun ada biskut mengandungi badam..=)

    ReplyDelete
  6. mek sik suka badam...hehehehe. so mls nk baca info mun gya, leh sik? hahaha :P

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^