Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang
indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan
saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang
boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang
cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.
Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang
tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik,
mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga
sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta
Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan
suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan
dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada
isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di
hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... Sekarang
bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu...
Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.
Jika disebabkan senyumanmu aku mencintaimu... Sekarang
bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintaimu.... Sekarang
bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika
cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku
masih mencintaimu dulu, kini dan selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan
dipegang. Namun begitu... Ia boleh dirasai dalam hati."
._.
Tweet
aduhai touching nyer!
ReplyDeletemenyentuh kalbu..;)
ReplyDeletebetul ,setuju sangat ngn entri nih..
ReplyDeleteorang yg benar2 mencintai sesorang ya nya xkn dapat merik sbb nya mencintai seseorang ya.
Rindok ati mek baca entry tok. thats why la...org selalu padah, cari org yg menyintai kta tanpa sebab dan kita pun patut menyintai org tanpa sebab :)
ReplyDeleteMad : kmk setuju juak...=)
ReplyDeleteKak Zie : ada jwak org mcintai org bersebab.. Huhu...
wahhh! touching abis.. susah mok crk org kedak tok ow hhuhu
ReplyDeleteyalah tek...
ReplyDeletenang menyentuh hati..
n nang susah mok cari laki camya..
mun ada pun, gk muda..=D
sungguh puitis dan romantis...
ReplyDeletesb tu sy nak share...;)
ReplyDelete