Followers

Thursday, August 16, 2012

Sayang Anak Tangan-tangankan, Sayang Bini...?

Selamat petang dan selamat berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa yea ~

Semasa mandi tadi, saya teringatkan kenangan lucu semasa di kelas tadi. Begini ceritanya :

Kan saya membuat pembentangan semasa kuliah tadi. Tajuknya, 'Guru Sebagai Agen Sosial Bagi Menjayakan Konsep 1Malaysia'. Maka, banyaklah penerangan yang saya dan kawan sekumpulan buat..

Salah satu penerangan saya ialah mengenai guru sebagai second parent. Dengan penuh keyakinannya, saya mengambil satu pepatah Melayu la untuk menghuraikan hujah saya tu..

Saya : Kita sebagai guru kelak harus menunjukkan rasa sayang kita terhadap anak-anak murid dengan menegur mereka. Bak kata pepatah, sayang anak tangan-tangankan, sayang bini?

Kawan-kawan : Tinggal-tinggalkan.....

Saya : Eh? Bukan pukul-pukulkan ke?? (Dengan riak muka terkejut. Dalam hati saya sememangnya dah setkan jawapan 'pukul-pukulkan' tu.)

Lalu, saya ditertawakan oleh kawan-kawan... Malunya, lalu saya sengaja tukar ke contoh lain.;p

Bukannya saya sengaja nak buat lawak pun, tapi memang itu yang terdapat dalam fikiran saya.. Haha! Saya bayangkan, bagaimanalah agaknya kalau pepatah 'sayang bini pukul-pukulkan' digunakan. Kesian si isteri.. Hehehehe...

Bukan 'pukul-pukulkan' ye jawapannya, tapi 'tinggal-tinggalkan'. Saya pun hairan kenapa kalau kita sayang bini kita, kita mesti tinggalkan. Hihi..

2 comments:

  1. tukar pepatah ya,,

    sayang bini ,, jangan soh nya susah ati.. setia ngan bini.. hihi

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^